Makanan Kucing Terbaik

Makanan kucing terbaik, satu persoalan yang susah untuk dijawab. Entry kali ini aku tulis untuk panduan diri sendiri sebagai seorang pembela makhluk bernama kucing.


Nak jadi cerita, aku dapat sekor kucing ni spesies Domestic Long Hair atau nak senang sebut, DLH. So far takde nama rasmi yang melekat untuk aku panggil kucing tu, buat masa ni, cuma Gebu. DLH ni characteristic dia macam Persian cat, bulu panjang n berserabut kalau tak jaga elok-elok.
 
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.


Awal ambik dia dulu. Kurus mat!
Bagi yang pernah bela DLH atau kucing Parsi ni, taulah macam mana cerewet nya diorang dalam macam-macam bab lagi-lagi pemakanan. Gebu awal-awal aku ambil dulu dari owner dia, ayam rebus pun taknak makan. Aku tak pasti samada dia ingat ayam tu kentang atau kacang panjang.

ROYAL CANIN - HAIR AND SKIN

So, memandangkan aku pernah bela kucing Parsi yang betul nya and dia memang minat dengan Royal Canin, aku decide untuk bagi si Gebu makanan Royal Canin Hair and Skin, dengan harapan RC HnS ni mampu elokkan bulu dia. Kucing yang aku bela ni ada masalah bulu, tak terurus, 24/7 pantang pegang sikit memang gugur bagai nak rak. Aku syak bulu dia jadi teruk sebab tak berapa nak masuk dengan makanan yang owner lama dia bagi jenama Power Cat. Percaya atau tak, jenis makanan mampu mempengaruhi kucing korang.

Alhamdulillah, RC HnS berkesan. Bulu dia makin elok dan tak gugur bagai dedaun di musim luruh. Better dari awal-awal masa ambik dia. Cumanya, aku perasan si Gebu tak berapa nak suka RC HnS ni. Dia telan jugak Royal Canin tu sebab dah takde pilihan lain. LOL. Tapi takpelah, aku biarkan sebab memang nampak ok RC ni. Tahi dia elok berketul tak cair, bulu makin elok. Tahi kau aku taktau, tengok sendiri.


Royal Canin ni aku boleh kategorikan sebagai makanan kucing premium paling murah sebab aku dah bandingkan dengan beberapa jenama so called premium lain. Bagai langit dengan bumi baq hang beza harga Orijen, Equilibrio, Blackwood, Pac Pro dengan Royal Canin ni.

TUKAR SELERA

Lepas tengok si Gebu tak berapa nak selera dengan RC , aku putuskan untuk tukar makanan dia. Lepas survey punya survey, Orijen orang kata paling bagus, pastu Equilibrio dan Blackwood turut tersenarai. Orijen punya harga boleh buat kau tersedak tak berhenti berminggu-minggu, so aku reject. Tinggal Equilibrio dengan Blackwood dan Pac Pro.

Tandas Berlumut Hijau, Curi Barang - Housemate Dari Neraka

Blackwood ni aku dengar lama dah, memang orang duk puji tapi aku je tak ambik pusing sebab dulu bela kucing kampung spesis refugees datang rumah nak berlindung. Kucing kampung mana nak peduli makanan apa yang bakal masuk perut, pakat sebat semua benda yang kau hulur. Tak cerewet.

Selepas beristighfar, maksud aku beristikharah, Equilibrio dipilih. Gebu nampak enjoy dengan EQ dan paling best ialah, memang nampak perubahan pada Gebu. Aku bagi EQ Kitten sekilo dalam RM35 kalau tak silap yang memang khusus untuk tumbesaran. Nak cakap berkesannya EQ Kitten ni dekat Gebu, makhluk tu membesar serupa gajah. Gebu memang serius besar gila dan kucing paling besar pernah aku bela. Lagi besar dari mak bapak dia.



Bulu makin cantik dan kurang dah tak gugur serupa gampang. Pastikan korang rajin sikat je bulu kucing spesis DLH atau Parsi ni, lebih kurang macam grooming la. Ibarat rambut korang laa, cuba kalau tak sikat, silap-silap kau sendiri keliru, atas kepala tu rambut ke atau penyapu lama pakcik Majlis Perbandaran.

 Gebu ni dia aku perasan satu benda je, dia tak minat makan. Tak macam aku yang setiap 1 jam 29 minit mesti nak menguyah. Dia jenis makan sikit-sikit atau mungkin dia tahu, tuan dia ni miskin, jadi dia berjimat la makan tu. Aku rasa dia tahu. By the way, Equilibrio Kitten somehow berjaya buat dia jadi sado, gangster in the making.

So pendek cerita, kalau bab makanan ni aku tahu dah apa nak bagi bila ada kucing spesies cerewet nak menghabiskan duit tuan. Pertama, aku akan pilih Equilibrio dan kedua, Royal Canin sebab murah. Of course, benda ini akan diputuskan selepas pemerhatian terperinci perangai kucing tu dulu.

KEMASKINI PENGHUJUNG 2018

Gebu sebenarnya dah pergi jauh tinggalkan aku dengan dunia ni. Kemalangan dilanggar kereta sewaktu melintas jalan ikut suka, berkejaran dengan musuh tradisi dia. Sedih tu sedih tapi kena move on lah.

Buat masa ni, aku stop kejap dari bela kucing premium ni dan tukar ke hobi lama, bela ikan hiasan. Nak bela anak gadis orang tak mampu, apatah lagi nak bela anak sendiri, jadi aku bela ikan hiasan.

Antara gambar last sebelum Gebu dilanggar tak lari. Driver kereta tu sempat turun dan alih dia ketepi jalan.


Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Aku pun perasan baru beberapa hari aku bagi kitten aku makan EQ, berat dia naik seyh, terkejut aku, ingatkan tangan aku yang bertambah berat sebab selalu angkat dumble pakai jari, story kau ada part lawak kat certain ayat, aku enjoy baca, takziah untuk kucing kau, dulu first time family aku bela kucing, dia datang dari masjid, mati pun kat masjid, yang report pun tukang bersih masjid, sebab dia dah campak bangkai kucing aku kat semak belakang masjid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak citer dia sekarang, kenapa komen kau lagi kelakar dari artikel yang aku tulis? Haha

      Padam
  2. Last part sedihnye.. Takziah for Gebu..
    And also thx for info...😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih yang amat sebenarnya, sampai sekarang serik nak bela. most welcome, teruskan melawat blog ni untuk next info yang akan dikongsikan taktau bila.

      Padam
  3. Takziah tuan gebu.. memang macam gangster rupa arwah gebu ni :)
    Saya baru berjinak2 bela anak kucing dan baru cuba bagi EQ kitten tapi dia makan tak banyak,tak sesedap jenama lain kot..dia gi makan whiskas adult orang sebelah.. sebelum ni bagi wetfood sebab dia tak pandai lagi..bila dah bagi yang dry, memilih pulak dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Demikianlah kucing sis, dia hanya ingat wetfood diberi tuan kepada dirinya, lantas dia lupa kesedapan dry food walaupun bagaimana mahalnya.

      Padam
  4. Ehh betol lah...EQ mmg agak bagus. Aku baru try few mnth ago..sbb aku pegi selidik kedai ke kedai sbb nk tau mkanan apa pling bagus utk kucing bulu pnjang n american curl ni. So beli la yg 1 guni tu harga pon yaampuuunnn boleh tahan tapi msh mampuuu. Cukop la sbulan tok 4 eko makan. Najis pon x cair n x sembelit. Haha..cuma info yg aku dpat dri doc vet tu..dia kata jgn bagi mkan powercat sbb kndungn garam dia tersngat tinggi dn punca kucing dpat batu karang.

    BalasPadam
  5. bos, nak kucing tak, parsi. tuan dia nak beri ke org sbb tuan dia ada 23ekor yg lain. dia ni jenis manja mgada so tuan dia rasa tak fare pd yg lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh bos, maaf tak perasan komen ni. Macam dah terlewat. Haha

      Padam
  6. Ni pendpt aku klu sape yg Ade dlh ke Persian ke kucing yg jenis picky eater Ni elok bgi dorg RC aroma exigent/savour exigent/protein exigent ni utk fussy cat dh setahun lebih guna mmg bagus... orijen tu penah beli tpi kucing x brape nk ngam dgn yg tu so tukar blik rc exigent tu HAHAHAH x kesahlah Mahal ke murah ke dorg still suka rc exigent

    BalasPadam
  7. Biasa tuan beli mknn kucing ni kat kedai mana. Cer rekomen skit petshop. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli online je sekarang sebab mudah + kadangkala lagi murah. Selalu dekat Lazada. Tapi kena pandai pilih seller sebab takut kena tipu, cari yang ramai buyer dia dan review positif.

      Padam
  8. "Ibarat rambut korang laa, cuba kalau tak sikat, silap-silap kau sendiri keliru, atas kepala tu rambut ke atau penyapu lama pakcik Majlis Perbandaran. "
    Tergelak n tersedak aku baca siap pegang rmbut sndiri☺️ rasa mcm ko ckp psal rmbut aku plak
    Aku tgh survey2 nk beli mkanan kucing jenama apa yg baik..sekarang ni aku beli power cat n risau plak bila baca power cat tk ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha, seronok bila readers seronok ni. Ada sesetengah kucing dia sesuai je dengan Power Cat, sesetengah tak sesuai. Alang-alang dah beli, rajin2 perhatikan kucing, tengok dia ok ke tak. Kemudian, cuba bagi makanan lain macam RC ke, lepastu bandingkan dan buat pilihan.

      Padam
    2. Kucing sy baru mati.....dia kuat makan power cat....ya Allah sy rasa bersalah sgt....dia jantan batu karang😥😥😥

      Padam

  9. 'Orijen punya harga boleh buat kau tersedak tak berhenti berminggu-minggu' ada cita2 nk bg anak2 bulus orijen. i feel you bro. 😂

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum. Sy try bg mkn eq kitten ke si bulus dlh sy ni tp kdg2 dia pnya poo lembik2 gitu, kdg2 ok. Nape ek,x ngam ke. sy nSblm Bulusni bg mkn brand Boss cat mother n kitten pet shop suggest,poo ok tp berat mcm xnaik tu yg try tukar eq tp gini plk jdnya. wet food mcm ayam rebus,dgg dia x leh mkn. Klu bg mesti muntah2 n ceri beri😅😅😅. Wet food ikn laju dia mkn. Skrg pening pk nk bg mkn apa yg ok unt dia. Eq tu ada lg 2kg,klu x ok rezeki stray cat la jwbnya.

    BalasPadam
  11. bro vitalplus bagus x bro untuk kucing sbb kucing aku hidup da 14 tahun dah tua dah makan pon kurang sbb slalu aku kasi powercat je nie skrg baru nak kasi makann premium sbb nak bagi dia selera atau aku kene kasi wetfood🤔

    BalasPadam
  12. Sedihnya...

    Terima kasih juga utk pengalaman memilih makanan. Sy pun keliru juga nak pilih makanan apa sesuai utk kucing sy

    BalasPadam
  13. Hi, mcm mana kami nak contact tuan utk bisnes purpose ya?

    BalasPadam
  14. RC HnS tu bg masa umur brp bln bro?4 bln ok x?

    BalasPadam
  15. Sama cerita dengan kucing saya Coco, bapa dia hilang kena curi. Tinggal mak dia je. Sekali balik rumah tengok dah terbujur depan rumah, kes kena langgar. Balik2 teringat dia. Lepas 2 bulan tak boleh move on, ambil kucing seiras dia DLH juga sebab rindu sangat.😭😭😭😭😭

    BalasPadam
  16. Huhu sad ending :'(

    BalasPadam