Review Molly Cat Food - Bagus Ke Makanan Kucing Jenama Molly ni?

Masa untuk review makanan kucing jenama Molly ni, cukup viral di social media, jom baca samada berbaloi atau tak makanan kucing Molly ni.

Oh ya, ulasan ini berdasarkan pengalaman sendiri yang menukar makanan kucing saya dari Blackwood kepada Molly.

Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.

Sejarah kenapa tukar kepada Molly ni? Pada awalnya saya hanya membela seekor kucing yang suka bagai nak rak dengan Blackwood ni, tak lama selepas itu, saya jaga lagi 2 ekor kucing hampir dewasa (5 bulan keatas).

Nak jadi cerita, lagi 2 ekor tu tak ngam dengan Blackwood , jadi kurang makan dan agak kurus. Tertarik dengan Molly yang boleh dikatakan viral di social media.Saya putuskan untuk tukar dari Blackwood kepada Molly.

Ini merupakan pemerhatian saya terhadap 3 ekor kucing di rumah ni selepas 2 bulan makan makanan kucing Molly.

Proses pertukaran yang saya guna agak kurang tepat, sepatutnya saya patut mulakan dengan mencampur Molly dan Blackwood supaya kucing-kucing ni boleh terima, tapi disebabkan masa tu Blackwood dah habis, so saya bagi je terus tanpa campur.

Bahaya tukar secara mengejut ni , akan ada kemungkinan kucing sakit perut dan berak cair. Itu yang terjadi pada si Kapak, Fazura dan Monyet.

Tapi power nya Molly ni, kesemua 3 ekor kucing saya terus jatuh cinta dan jadi pelahap. Si Kapak makan banyak sangat sampai muntah balik makanan tu.

Dari segi keguguran bulu, rasanya saya boleh nampak perbezaan antara Blackwood dan Molly yang mana Molly mengurangkan kadar bulu gugur. Ada je bulu gugur, itu normal lah, cuma tak banyak.

Dari segi bau taik masing-masing, Molly menyebabkan bau taik/kencing dorang sedikit lebih busuk dan tengik berbanding Blackwood.

Saya juga perasan yang Molly menyebabkan taik dorang kurang pejal dan lebih cair berbanding Blackwood. Sekaligus menjadikan proses sodok taik agak kurang menyenangkan.

Kesemua kucing saya masih lagi berselera, berat badan bertambah jadi gemuk nokhare macam tuan dia, makan tak ingat dunia mencecah 10kg sebulan. Kepala bana dorang la.

Nasib baik Molly ni lagi murah dari Blackwood dan mudah nak beli online terutama versi 15KG.

Jadi kesimpulan dia, korang kena perhatikan samada kucing masing-masing boleh terima tak makanan kucing baru.

Kalau dorang suka, kena perhatikan pulak aspek berkaitan keguguran bulu, kepejalan tahi, bau najis dorang dan ada tak kesan sampingan seperti terkena penyakit.

Yes kucing korang boleh jatuh sakit kalau makanan tak sesuai, terutama penyakit batu karang atau urinary.

Kesemua diatas penting untuk diperhatikan bagi menjamin korang boleh bela kucing dengan aman tanpa mengganggu hidup sendiri atau jiran tetanga.

Catat Ulasan

0 Ulasan