Kelebihan Kekurangan Honda ADV 150 vs Yamaha NVX 155 (V2) yang dikongsikan brader Mat Yoe di Facebook ni sangat menarik untuk min kongsikan disini. Yelah benda baik kan kita share lah.
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Beliau menggunakan sendiri kedua-dua motor, ini menjadikan pendapat ulasan perbandingan beliau sangat legit ya.Ikuti dibawah:
Kedua-dua motosikal ini masih standart kilang kecuali nombor plat sahaja yang telah di fancykan.Tayar asal kilang, ekzos asal kilang, ECU asal kilang dan semua yang ada pada kedua-dua motosikal ini masih asal kilang.
Milleage terkini ADV adalah 4800 manakala NVX adalah 7200.
Kedua-dua motosikal ini aku telah tunggang melebihi 1000 kilometer (10 jam) dalam masa 2 hari.
Muka bumi yang pernah ditempuhi adalah kawasan berbukit (Jeli - grik) dan juga kawasan highway (Golok-Hatyai).
Disini aku nak beri pendapat peribadi berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Dari pandangan mata, NVX lebih cantik dan juga nampak sporty walaupun dalam keadaan standart kilang.
Body NVX juga lebih kecil berbanding ADV.
Topspeed NVX adalah 120kmj manakala ADV cuma 110kmj.
Top speed ADV dalam keadaan superman adalah 115 kmj manakala NVX dalam keadaan superman adalah 125kmj.
NVX sangat pikup manakala kuasa enjin ADV agak lembab.
Keselesaan ketika memandu di permukaan berbukit dan juga highway secara jujurnya dimenangi oleh ADV.
Kusyen ADV lebih tebal dan juga lebar manakala kusyen NVX lebih nipis dan juga sedikit kecil.
Handling ketika melalui kawasan berbukit juga turut dimenangi oleh ADV.
Seperti kita semua sedia maklum, jalan Jeli - Grik sangat teruk dan dipenuhi dengan lubang.
Kawalan ADV lebih mudah serta menyakinkan.
Suspension ADV jauh lebih lembut dari NVX.Jenama Showa.
Saya menunggang kedua-dua motosikal ini lebih 5 jam.Menunggang ADV memberi keselesaan kepada saya walaupun jalan dipenuhi lubang.
Sistem brek juga dimenangi oleh ADV meliputi brek hadapan dan juga brek belakang.
Original dia datang dengan disc belakang depan tau.
Lampu NVX V2 lebih terang jika dibanding dengan lampu NVX V1.Akan tetapi lampu hadapan ADV jauh lebih terang dan juga besar dari NVX V2.
Untuk perjalanan yang melalui kawasan yang langsung tiada lampu jalan, ADV lebih meyakinkan.
Tangki minyak ADV lebih besar dari tangki minyak NVX. 1 isian penuh tangki minyak ADV adalah RM15 manakala NVX cuma RM8 sahaja.
Ruang bawah seat ADV lebih besar, lebar dan juga dalam berbanding NVX.Ruang bawah seat ADV boleh simpan sebiji helmet MS 88 dan kusyen boleh di tutup rapat.
Untuk perjalanan 2 hari 1 malam, tak perlu bawa beg galas dan cukup dengan simpan pakaian di bawah seat sahaja.
Untuk pemanduan bersama pembonceng, ADV lebih selesa kerana seat yang besar serta kedudukan yang tak jauh berbeza dengan pemandu di hadapan.
Kedudukan seat belakang NVX lebih tinggi dan kecil mengakibatkan pembonceng dibelakang sangat tidak selesa jika memandu dalam jarak yang jauh.
Jika diberi pilihan, saya akan memilih ADV memandangkan saya suka membonceng motosikal dalam jarak jauh.
Jika saya hanya menggunakan motosikal untuk ulang alik ke tempat kerja yang dalam jarak kurang 30 km sehari, saya akan memilih NVX.
Nak makeup pun lawa NVX.
Maaf jika perkongsian ini tidak sama dengan pandangan anda.Saya cuma berkongsi pengalaman sendiri sahaja.
0 Ulasan