Chalet Terbaik Di Marang, Terengganu - Review Chalet Che'wer, Marang Terengganu

Korang tercari-cari review chalet yang okay di Marang, Terengganu? Ni min kongsikan review Chalet Che'wer, Marang Terengganu yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nursyahidah Yahaya  baru-baru ini.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai. 


Tarikh : 19-21 Mac 2022 (3h2m)
Harga : RM70/night
Jenis bilik : Family room (1 double bed, 1 single bed)
Booking medium : Walk-in
Deposit : Tiada
Breakfast : Tiada
Wifi : Tiada

Chalet ni sebenarnya terletak di seberang jalan rumah mertua. Oleh sebab family di kampung masih kuarantin akibat covid, jadi kami menginap di chalet ini.


Chalet Che'wer ada 2 sebenarnya, Che'wer 1 dan Che'wer 2. Kedua-duanya terletak di tepi pantai dan berdekatan. Bezanya bangunan baru dan lama. Harga pun berbeza. Oleh sebab cuti sekolah, semua chalet baru dah penuh. Mujur bangunan lama masih kosong. Yang bestnya kami dapat unit tepi sekali. Paling saya suka bab parking, park di depan pintu bilik sahaja.


Pemandangan di sini sangat la cantik. Buka pintu je terus nampak laut.  Tiupan angin pantai laut cina selatan walaupun agak kuat, namun amat mendamaikan hati. Pantainya pun bersih.


Bilik ini agak besar sebab saya boleh hampar 2 helai toto sekaligus di lantai (1 disediakan, 1 lagi bawa sendiri) Anak ramai begitulah. Katil double dan single yang disediakan agak selesa dan cadarnya berbau harum.


Namun, jangan letak harapan terlalu tinggi. Sila bawa tuala dan alatan mandi sendiri  sebab ianya tidak disediakan. Kemudahan yang disediakan sangat asas. Katil, bilik air dan pendingin hawa. Yer, aircond sangat penting sebab cuaca di Terengganu pada waktu siang amat panas dan berbahang. 


Adakah saya akan kembali lagi? Ye, sudah tentu sebab pengalaman tidur sambil dibuai bunyi alunan ombak menyebabkan hati teringat-ingat. 

Sumber Nursyahidah Yahaya

Catat Ulasan

0 Ulasan