Korang tercari-cari review homestay yang okay di Telok Panglima Garang, Selangor? Ni min kongsikan review Limas Bonda, Telok Panglima Garang yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Fitriah Abdul Samad baru-baru ini.
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.
Limas Bonda, Telok Panglima Garang
30-31 Oktober 2022
7 bilik tidur & 8 bilik air with private pool (dewasa
& kanak-kanak)
RM1000/malam
Salam dan Selamat Sejahtera. First time sy nak review di sini. Alhamdulillah baru-baru ni kami sekeluarga book di Limas Bonda, Telok Panglima Garang. Rumah kayu ala2 kampung Melayu. Cadangnya untuk sambut harijadi anak yg pertama, tapi full utk tarikh tersebut, makanya ambil jela tarikh yang ada😅.
Sy suka travel serta try hotel/homestay dan sy suka survey airbnb ala-ala window shopping gitu dan untuk harga RM1000 yg sy bayar, Limas Bonda tersangatlah melangkaui expectation sy. Cuma harga yg sy dapat ni adalah sempena promosi pembukaan dorang ye. Harga terkini adalah:
▪️ *Weekends*
RM 1850/malam
▪️ *Weekdays*
RM 1300/malam
▪️ *School's holiday*
RM 1500/malam
7 bilik katil queen beraircond bersama 6 biji bantal empuk (dan setiap bilik ada tilam single disediakan siap-siap) cukup untuk occupy 21 pax tidur dengan selesa. Bilik air ada water heater juga. But i must say tilam dia agak “keras” to my preference, nevertheless tetap berbaloi hamat. 4 bilik di tingkat atas, 2 bilik di tingkat bawah dan 1 bilik terasing di bangunan kecil. 6 bilik en-suite bathroom, 1 je bilik tidur yg tidak en-suite
1st impression; spotlesss clean & WANGI! Ya wangi! Ruang tamu wangi, dapur wangi, ruang terbuka wangi, bilik apatah lagi memang wangi! And i must say, owner Limas Bonda ni agak bercita rasa tinggi. Tengok gambar shj tak cukup, pergi baru boleh faham apa yg sy cuba katakan😅
Dapur serba lengkap nak masak-masak, nak BBQ tinggal bawa barang basah sahaja.
Max pax yg boleh masuk adalah 30 org termasuk kanak-kanak (dan bayi). Tapi sy ingin puji Pn Suhana, sebab sy minta extra 10 org utk hadir memandangkan sy buat sambutan hari jadi anak dan Pn Suhana benarkan. PR Pn Suhana sgtlah terbaik
sebab nak dijadikan cerita, anak saudara sy tertolak welcome board & patah. Welcome board tu bukanlah plastic/hardboard ke apa, macam bersimen macam tu tp sy pasti ia agak berharga memandangkan custome made dan sy minta Pn Suhana beritahu berapa ganti rugi dan beliau katakan tidak perlu! Dan beliau juga nyatakan “yg penting anak buah tak cedera”.
Banyak juga aktiviti lain yg boleh dilakukan selain berendam😅, antaranya ping pong, jenga dan carrom. Pihak Limas Bonda juga sediakan catering makanan kalau malas nak masak-masak. Kalau utk makanan sekitar sy ada perasan gerai2 kecil & restoran2 mungkin boleh grab/foodpanda sebab dekat dengan pusat komersial telok panglima garang/sijangkang.
Utk kedalaman kolam, agak dalam ye kolam dewasa. Cuma terlupa nak tgk berapa kaki. Sy 158cm, paras leher. Utk kolam budak2 pula, sesuai nak mandi walaupun hujan sebab completely berbumbung. Ada disediakan 2 pelampung hitam & pelampung flamingo dah siap berpam.
Kesimpulannya sy sekeluarga sangat berpuas hati! Dan sangat recommend Limas Bonda pd semua. 10 out of 10 stars!
*Tambahan
-deposit serendah RM300 sahaja
-boleh cancel 2 minggu sebelum dan deposit fully refundable
-booking direct whatsapp Pn Suhana 0192292519, atau boleh dm di instagram Limas Bonda
-wifi provided (tp macam kami tak guna pun sebab sibuk berendam🤣)
Sumber : Fitriah Abdul Samad
0 Ulasan