Apa nak buat kalau motorsikal Y15, LC135, RS-X atau apa jenis motorsikal tenggelam dalam air banjir? Min tertarik dengan perkongsian dibawah ini yang dikongsikan oleh Muhd Syafii. Ini dikatakan antara cara paling murah namun berkesan yang boleh korang amalkan.
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.
Menurut beliau, pertama sekali jangan overhaul dulu motor yang tenggelama banjir. Kita cuba cara murah.
Bila air dah surut nanti, buat mcm ni, cabut bateri, cabut ecu kemudian tembak angin segala soket ecu, dan lain2.
Selepas itu, buang minyak hitam dan tukar plug baru, kemudian tembak angin pada lubang plug, buka semua cover set depan dan belakang dan tembak angin segala sensor semua biar kering.
Kemudian, flush enjin dengan 4t murah dulu 2-3 botol. Buka ekzos sebab dalam ekzos byk air, pada throttle body, tembak angin soket tps dan lain-lain.
Jangan lupa tukar petrol baru sebelum start, bila dapat hidupkan enjin motor, hold throttle lama sikit pada rpm tinggi sambil flush 4t.
Minta tolong kawan yang pandai kalau kita tak pandai semoga dipermudahkan segala urusan sahabat semua.
Tapi kalau masuk tenggelam selut + lumpur dalam enjin yang penuh, memang tak boleh buat apa.Wajib overhaul motorsikal korang.
Sumber: Muhd Syafii
0 Ulasan