Korang tertanya-tanya cara bela dan breed Lobster air tawar (LAT) ni? Ikuti perkongsian dari salah seorang orang lama dan cukup pakar dalam bidang penternakan lobster air tawar ni, Tuan Zamri.
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.
Banyak Persoalan bagaimana nak mula berjinak2 dengan ternakan Lat. sama ada utk bela dan makan sendiri ataupun pendapatan sampingan. Disini saya cuba sebaik mungkin listkan apa yang nak kena ada dan nak kena tahu. Saya pun budak baru belajar kalau salah atau kurang tolong tunjuk dan tambahkan.T,Kasih
1. Nak mula dari benih atau induk?
Option 1:-
Bela benih dari 1-2"". Disyorkan start dari 2" sebab benih stage tu dah lasak sedikit.
Perlu 5 ke 6 bulan untuk sampai stage 4" dimana ianya boleh start dibreed.
Option 2:-
Bela induk 4" keatas. Breed dan harvest anak dan besarkan benih.
induk muda boleh bertelur diantara 100 ke 200. bergantung pada kesuburan.kualiti air, pemakanan (protein tinggi) dan handling ibu muda tersebut (mudah stress).
Beza antara 2 diatas adalah jangkamasa waktu. Benih perlu masa. minimum 8 bulan baru ternakan mula membiak. Sedangkan kalau bela induk dalam masa sebulan dua dah multiply jumlah ternakan dengan kehadiran benih-benih lat.
2. Berapa banyak nak mula?
Benih. saya syorkan maximakan ikut kapasiti kolam yang ada,untuk besarkan amik masa, so dalam jangkamasa tu sediakan plan dan tambah kolam lain.
Sebab dalam masa dah berlalu jika start dengan 50 ekor. maybe ada 40 ekor (target 80% survive). so cukup untuk harvest? ramai dah 6-7 bulan mengeluh x cukup. so kena start semula atau mulakan breed secepat mungkin.
Bagi induk. untuk breeding. saya syorkan buat control breed. detail terlalu panjang nak explain kali ini
ratio min 1 J dan 4 betina,

Jumlah pasangan bergantung berapa banyak bekas yg ada. buat beberapa bekas untuk breed lebih bagus dari satu kolam luas dan campakkan semua dalam kolam.
3.Peralatan yang Perlu?
Sama seperti nak bela ikan. Optimum kawasan yg luas dan kedalaman air dalam 1 kaki. Lat tidak berenang macam ikan. dia menjalar didasar kolam.
Perlu ada pump filter untuk pusingkan air bawak oxygen ke dalam kolam dan tapis kotoran dan hapuskan ammonia yg terkumpul. kalau bela tanpa pump filter, harus ada air bubble.
Kalau tu pun takde. bela dalam besen dengan air satu inchi tinggi dari paras lat pun boleh. dia akan hidup tapi x optimum. Pembesaran lambat.
i) Aquarium, Fiber tank, PVC, Kolam simen, Kolam tanah mahupun besen.
ii) Pump air dan filter @ Air bubble
iii) Air yg dirawat dengan nyah clorin terlebih dahulu/Air Hujan.
iV) bekalan cengkerang,Kulit telur (utk calcium).
v) Pokok2 rumpai untuk bekalkan iodin secukupnya (untuk memudahkan salin kulit) atau beli marine iodine sebagai tambahan.
vi) Rumah Lat, boleh dari paip PVC,pasu2 pecah. kayu sungai, etc etc.
vii) Ikan Guppy. Perlu untuk memastikan nyamuk x berani bertelur atau bertelur tetapi larvanya dimakan ikan guppy.
vii) Bagi option 2. perlu ada kolam untuk benih. Bagi Pembesaran dari mula turun ke 2 inchi. Kolam yg sesuai ialah kolam yg banyak tumbuhan rumpai seperti hydrillia,lumut2. benih x optimum makan pallet. pallet hanya ada fiber dan protein. sedangkan benih perlu banyak mineral seperti calcium,iodin. ia akan menentukan sama ada benih akan sihat dan survive ke 2 inchi (Peringkat pertama).
viii) Setiap penjuru kolam 4 segi mestilah ditutup. pastikan kolam 90 Degree datar dan bukan cerun. Minimum selamat setengah kaki tinggi tebing dari paras air. semua hose pump,wire atau pun benda2 berjuntai di tutup sebaik mungkin. macam2 teknik Lat akan cari jalan untuk panjat dan keluar. sebab ada yg besoknya jumpa lat terbongkang dalam bilik Air
ii) 2 inchi keatas, lat makan apa sahaja yg dia jumpa didasar kolam dan yang boleh dicapai. sama ada akar2 pokok hingga ke daun2 nya sekali.
Sayuran seperti bayam merah amat baik. Carrot,dan sayuran lain pun boleh. Di selang seli dgn pallet protein yang tenggelam. Kalau timbul. ikan guppy yg makan.
iii) Lat jenis noctural, dia akan aktif waktu malam/gelap. Bagi makan bermula pukul 6.30 petang dan waktu pagi selepas subuh. qty makanan waktu pagi adalah 30% dari waktu malam. bagi dalam qty sedikit. tambah qty jika cepat abis. jangan overfeeding.
Sekian Terima Kasih.
Zamri
0 Ulasan