Resipi Cara Masak Pad Kra Paw Guna Daging Burger Ramly Edisi 2022

 Ini Resipi Cara Masak Pad Kra Paw Guna Daging Burger Ramly paling sedap setakat ni. Padu teruk tau.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai. 

Kalau korang takde plan, jom masak Pad Kra Paw ni yang min jumpa resipi dia dekat social media instagram.

Berbaloi!

BAHAN-BAHAN  Pad Kra Paw 

6 ulas bawang putih - kisar

1 labu bawang besar - kisar

10 biji cili Thai - potong halus

Sos tiram

Sos soya

Sos ikan

Thai basil

Daging Cincang RAMLY

Telur


CARA MASAK  Pad Kra Paw 

1. Tumis bawang putih & bawang besar sehingga wangi.


2. Masukkan daging sehingga keemasan.


3. Campurkan sos tiram , sos soya dan sos ikan ke dalam tumisan.


4. Masukkan Cili Thai yang telah dipotong halus.


5. Masukkan Thai basil, kacau rata.


6. Perasakan garam serta serbuk perasa. Taburkan sedikit cili Thai Cili potong, gaul rata.


7. Goreng Telur mata, siap.


Kredit resepi foto : Ashsukamakan

Catat Ulasan

0 Ulasan