Kelebihan dan kekurangan Xiaomi 12S Ultra, kali ini kita akan melihat juga kepada spesifikasi dan harga Xiaomi 12s Ultra di Malaysia.
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.
Berikut merupakan spesifikasi smartphone yang dikatakan sebagai peranti dengan kamera terbaik yang dihasilkan dengan hasil kerjasama bersama pengeluar kamera Leica.
SPESIFIKASI XIAOMI 12S ULTRA
Jika dilihat dari segi spesifikasi, Xiaomi 12s Ultra merupakan smartphone tercanggih yang boleh anda dapatkan.
Penggunaan spesifikasi tinggi ini meletakkan ia sebaris dengan beberapa model high end lain termasuk ASUS ROG 6 yang memfokuskan kepada gaming.
HARGA XIAOMI 12S ULTRA
Harga peranti ini di malaysia masih belum diumumkan memandangkan Xiaomi Malaysia masih belum mengumumkan samada ianya akan ditawarkan secara rasmi ataupun tidak.
Walaubagaimanapun, beberapa penjual tempatan mula mengambil pra-tempahan set China bermula dengan harga sekitar RM3700 sehingga mencecah RM5000.
KELEBIHAN XIAOMI 12S ULTRA
Jadi apa kelebihan Xiaomi 12s Ultra ini? Banyak kelebihan yang dimiliki oleh peranti ini, berikut antara kelebihan utama peranti ini.
1. Melihat kepada review awal, ini merupakan smartphone dengan sistem kamera terbaik mengalahkan beberapa peranti terkenal lain termasuk Google Pixel 6 Pro dan siri iPhone 13.
2. Spesifikasi yang cukup tinggi seperti ram 12gb dan Snapdragon 8+ Gen 1 menjadikan ianya sangat berbaloi untuk dimiliki dan anda tidak akan menghadapi sebarang masalah.
3. Kamera 1" Sony IMX989 sensor dengan teknologi Leica memberikan hasil yang cukup baik termasuk kesan bokeh terbaik dihasilkan oleh sebuah smartphone, hampir menyamai kamera dslr sebenar.
KEKURANGAN XIAOMI 12S ULTRA
Adakah dengan spesifikasi terkini menjadikan peranti ini tiada kekurangan? Jawapannya, tidak. Berikut merupakan kekurangan yang dihadapi oleh Xiaomi 12s Ultra ini.
1. MIUI kadangkala terkenal dengan ketidakstabilannya dan Xiaomi 12s Ultra tidak ketinggalan.
2. Aplikasi kamera tidak stabil (?) Beberapa ulasan awal menyebut bahawa aplikasi kamera smartphone ini kadangkala mengalami masalah namun ianya tidak kerap dan tidak serius. Ini bagaiamanapun, masih menunjukkan bahawa sistem operasi yang digunakan tidak berapa stabil.
3. Bateri tak cukup besar. Xiaomi memilih untuk menggunakan bateri bersaiz 4860mAh dan bukannya 5000mAh keatas. Dengan spesifikasi yang digunakan, ramai tidak menaruh harapan tinggi.Namun harap sistem operasi MIUI13 mereka mampu menguruskan penggunaan bateri dengan baik.
0 Ulasan