Cara terbaik untuk bela kura-kura atau tortoise seperti Sulcata di Malaysia. Ikuti panduan lengkap yang dikongsikan oleh Nini Kosai.
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.
Hi. Ini adalah panduan penjagaan tortoise di Malaysia. Banyak panduan ditulis dalam English dan kebanyakan barangan tidak dapat dibeli di Malaysia. Saya ambil inisiatif untuk tulis dalam BM. Maaf jika bahasa yang digunakan tidak sempurna. Semoga dengan panduan ini, kadar kecederaan dan kematian tortoise dapat di kurangkan.
ENCLOSURE
1. Dalam rumah
a) Beli bekas yang paling besar yang boleh dibeli. Minimum 3 × 2 kaki. Habitrail Zoo Zone 2 untuk anak tortoise atau tortoise bersaiz kecil (2 ekor maksimum), tank air plastik, rak buku yang dilentangkan. Kebanyakan 'custom made tortoise table' yang dijual di pasaran adalah mahal dan bersaiz kecil. Ingat ya, baby sulcata memang comel tapi bila besar mesti ada enclosure besar di luar. Jika tak boleh sediakan, pilih tortoise lain yang bersaiz kecil.
b) Substrate atau 'tanah'. Kebanyakan tortoise suka mengali dan rasa lebih selamat duduk di dalam lubang. Substrate juga perlu untuk perkembangan normal rangka kaki tortoise. Jangan bela tortoise dipermukaan keras seperti simen dan tiles. Tortoise mungkin mengalami 'splayed legs' dan kesukaran berjalan jika dibela di atas permukaan keras.
Substrate selamat: tanah topsoil yang tak mengandungi baja atau pesticide, sabut kelapa kasar (coco husk), Reptibark atau orchid bark yang bukan dari pokok pine, cypress mulch (agak mahal tapi masih sesuai). Jangan guna pasir atau batu.
c) Pemanas dan cahaya UV. Untuk tortoise yang dibela di dalam rumah, pendedahan cahaya UV amat penting. Cahaya UV, calcium dan pemakanan yang seimbang akan membina tulang yang sihat. Jika tiada cahaya UV tortoise akan mengalami Metabolic Bone Disease MBD. Kecacatan rangka dan cengkerang tortoise.
Elakkan dari mengunakan dinding enclosure lutsinar seperti aquarium dan kandang kucing kerana jika tortoise boleh lihat luar, ia akan mencakar dinding hendak keluar. Keadaan ini amat stressful pada tortoise.
SUMBER PEMANASAN DAN UV
Tortoise tidak dapat menjanakan kepanasan seperti haiwan mamalia. Perlu sumber panas seperti lampu atau CHE.
Lampu Exo Terra SolarGlo - mempunyai UVB dan pemanasan yang memadai untuk tortoise di dalam rumah. 80 W dan 125 W sudah cukup panas untuk waktu siang di Malaysia. Harga RM120-150 bulb, light fixture RM 80-100. Mungkin perlu beli bracket untuk gantung lampu.
Lampu lingkaran (coil bulb) UV didapati tidak mempunyai cukup pancaran UVB. Malangnya hanya brand Exo Terra Solar Glo sahaja yang ada di Malaysia. Brand seperti Arcadia kombinasi UV dan pemanas amatlah bagus tetapi hanya boleh didapati di luar negara.
Lampu UV perlu ditukar setiap 3 hingga 6 bulan walaupun masih menyala kerana pancaran UV akan menjadi lemah setelah 6 bulan.
Ceramic heat emitter CHE - pemasangan seperti bulb, pemanas terapi tiada cahaya. Perlu sangkar keselamatan seperti dalam gambar. Untuk waktu malam terutama anak tortoise dan tortoise sakit. Untuk musim hujan di mana suhu pada waktu malam turun.
Sediakan microclimate dalam enclosure di mana satu hujung (basking spot) adalah panas 32°C. Jangan melebihi 35 °C. Satu lagi hujung sejuk 25-30°C.
Jangan pakai heating pad kerana heating pad adalah sumber pemanas dari bawah cengkerang. Tortoise tak dapat mengesan pemanasan dari bawah jadi ia boleh menjadi terlalu panas (overheat). Sentiasa pakai sumber panas dari atas.
Pengawasan / Monitoring - boleh dapatkan thermometer digital atau thermometer permukaan infrared yang berkualiti. Kelembapan - hygrometer. Boleh beli thermometer hygrometer combo. Di Malaysia, tidak perlu pakai humidifier kerana sudah cukup lembap. 80-100% kelembapan di sini. Bekas air tortoise di dalam enclosure juga membantu mengekalkan kelembapan yang tinggi.
Pastikan suhu di satu kawasan juga tinggi jika kelembapan tinggi. Keadaan yang sejuk dan lembap boleh menyebabkan masalah pernafasan pada tortoise. Respiratory Infection boleh membawa maut. Di Malaysia walaupun suhu kita sekata dan sesuai untuk semua jenis tortoise, banyak tortoise mendapat respiratory infection (selsema) kerana kelembapan yang tinggi dan tak cukup pemanasan terutama di waktu malam. Gunakan ceramic heat emitter untuk malam yang sejuk.
Thermostat dan automatic timer amat berguna untuk mengawal suhu supaya sekata terutama ketika tiada di rumah atau waktu malam. Setakat ini thermostat yang saya beli online semua tidak berapa reliable. Jadi saya masih memakai timer.
2. Luar rumah. Enclosure yang paling baik adalah enclosure di luar rumah. Kita amat beruntung kerana iklim di Malaysia amat sesuai untuk membela tortoise. Cahaya matahari adalah sumber UV yang paling baik. Walaupun tortoise duduk di kawasan teduh di luar, ia masih mendapat pancaran UV.
Di sini ingin diingatkan - pancaran matahari melalui tingkap rumah tidak ideal kerana tingkap rumah mempunyai UV screen. Tortoise tak dapat UV, hanya panas sahaja. Untuk tortoise kecil, enclosure perlu di tutup dengan 'chicken wire' untuk mengelakkan haiwan lain dari mencederakan tortoise.
Tortoise besar seperti sulcata, leopard tortoise dan aldabra pula mesti dibuatkan enclosure yang besar. Pastikan tiada tumbuhan beracun yang tumbuh dalam enclosure luar tortoise.
PEMAKANAN
Untuk tortoise yang sihat, pemakanan seimbang dan bervariasi amatlah penting. Antara tanaman yang senang didapati di Malaysia:
- Mulberry - daun, buah hanya untuk tropical tortoises
- Bunga raya - bunga dan daun
- Rumput - untuk desert tortoise
- Kaktus pads opuntia - buang duri dan glochids (bulu) dahulu
Yang senang disemai dan cepat tumbuh di Malaysia. Benih boleh dibeli online:
- plantain
- hollyhock
- mallow
- dandelion - makanan sesekali
Untuk tumbuhan yang selamat di makan sila layari The Tortoise Table.
Desert tortoise (sulcata, star, leopard) - majoriti makanan - pelbagai jenis rumput. No fruits and meat.
Mediterranean tortoise (Hermanns, Russian) - majoriti makanan - tumbuhan berdaun. No fruits and meat.
Tropical tortoise (red and yellow foot, manouria emys) - majoriti tumbuhan berdaun. Boleh beri sedikit buah dan sumber protein seperti daging sesekali.
Bukan semua tumbuhan boleh dimakan. Ada yang racun dan boleh membawa maut. Pilih tumbuhan yang selamat di The Tortoise Table. Pastikan tiada herbicide di sembur pada daun tumbuhan.
80-100% makanan tortoise datang dari tumbuhan selamat yang ditaman.
0-20% dari pellet seperti Mazuri for tortoises
Supplement - serbuk calcium tanpa vitamin D, multivitamin untuk reptilia di tabur di atas makanan. Boleh beri tulang sotong atau kiub calcium yang sentiasa diletak di dalam enclosure sebagai sumber calcium.
Quantiti makanan - letak sebanyak mana tortoise boleh makan sekali makan. Atau beri sedikit beberapa kali sehari. Tortoise adalah haiwan grazers seperti lembu dan kambing. Mereka akan makan sepanjang hari, sedikit demi sedikit. Tortoise juga akan okay jika dipuasakan sehari dua kerana metabolisma mereka rendah.
Bekas makanan - makan atas jubin ceramic atau permukaan bersih dan rata jika substrate yang digunakan adalah halus seperti topsoil. Sisa pellets perlu di bersihkan selepas makan. Semut api amatlah suka sisa Mazuri ini. Substrate banyak yang melekat pada makanan apabila ditelan boleh menyebabkan salur pencernaan tersumbat.
Minuman - letakkan bekas yang rendah. Paras air cetek. Sama paras dengan bawah cengkerang (plastron) tortoise. Bekas boleh dibenam dalam tanah atau substrate. Pinggan ceramic alas pasu amat sesuai untuk bekas minum. Bekas minuman perlu sentiasa ada dalam enclosure. Air ditukar setiap hari.
SOAKING
Tortoise kecil perlu direndam sehari sekali untuk mendapatkan air yang cukup dan mengelakkan dari pyramiding.
Air suam. Perlu ditukar apabila sudah sejuk. Dalam 20-30 minit. Ada yang akan 'menjemur' di luar semasa direndam. Jika menjemur, pastikan bekas rendam besar dan ada tempat redup jika tortoise terasa terlampau panas. Jemur hanya waktu pagi sementara matahari tidak terlalu terik. Tortoise juga boleh dalam heat stroke.
Air takat plastron atau bawah cengkerang sahaja. Jangan tinggi sangat kerana tortoise boleh lemas. Tortoise bukan haiwan air. Itu sebab saya pakai nama 'tortoise', bukan kura-kura.
Selepas soaking, tortoise perlu mendapat sumber panas seperti lampu atau CHE.
Pyramiding adalah bonjolan yang terdapat pada cengkerang tortoise dan dikategorikan sebagai metabolic bone disease yang tidak teruk. Cahaya uv yang cukup, makanan yang seimbang (80-100% tumbuhan bervariasi. 0-20% makanan pallet) dan kelembapan yang tinggi boleh mengelakkan dari pyramiding.
Elakkan dari meletakkan sebarang bahan atau minyak di atas cengkerang tortoise. Tidak perlu dan dalam sesetengah kes, merbahaya.
PENJAGAAN
Sebenarnya kos penjagaan seharian tortoise tidak mahal. Malah anda tidak perlu berbelanja satu sen pun jika tumbuhan semua sudah ada. Sumber matahari juga free.
Yang mahal adalah kos 'set up' mula-mula. Nak beli barangan pemanasan, enclosure dan lain-lain. Lebih mahal dari kos pembelian tortoise. Saya nasihatkan kepada yang baru nak bela, beli dulu kelengkapan seperti di atas. Lepas dah ada semua, baru beli tortoise.
Kos vet juga amat mahal. Sekali visit, minimim RM80 kerana hanya specialized vet saja yang dapat merawat haiwan eksotik seperti tortoise. Pencegahan lebih baik dari rawatan.
Kesimpulannya banyak membaca mengenai penjagaan tortoise. Tidak faham boleh tanya. Kumpul duit untuk beli barangan keperluan dulu baru beli tortoise.
Saya tak jual dan tak dapat apa-apa keuntungan dari artikel ini. Niat nak tolong supaya tortoise anda sihat.
Boleh je jimat duit, tortoise hidup tak de substrate, tak de uv, bubuh dalam kandang kucing, bubuh dalam kotak kecil, makan pallet seumur hidup. Itu hanyalah nak hidup ala kadar. Kita nak tortoise sihat, selesa dalam kehidupan captivity.
Tortoises may survive in a less ideal condition. That is just cruel. As tortoise keepers you want your tortoise(s) to thrive and be healthy. Thank you.
0 Ulasan