Cara Breed Ikan Laga Dan Wild Betta Imbellis, Bellica, Pugnax dan lain-lain, tips dibawah ni dikongsikan oleh breeder terkenal, saudara Ir Zulkeifli Salleh yang dikongsikan beliau di dalam group facebook Wild Betta Lovers Malaysia (WBLM) tak lama dahulu.
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.
1. Sediakan 'air hijau' terlebih dahulu sebagai makanan fry
utk fry berumur 1-5hari. Caranya adalah dengan mem blend segumpal daun
paku pakis yg tua, kemudian rendam dalam baldi berisi air dlm 5 liter.
Letak baldi ni selama 2 minggu di bawah pokok yg terkena cahaya
matahari. Anda boleh lihat selepas itu air mulai hijau dan berlumut. Air
ini adalah plankton yg juga mengandungi organisma kecil sebagai makanan
fry.
2. Pre Condition induk2 terlebih dahulu. Orang kampong
panggil peram ikan. Ini adalah untuk memastikan kedua2 induk menjadi
sihat bagi mendapat telor dan fry yang banyak. Simpan induk secara
berasingan didalam baldi yang berisi air peraman.
Cara menyediakan
tempat peraman ini adalah seperti berikut:
Ambil sedikit tanah liat,
daun ketapang, dan daun kelapa tua atau daun buluh. Rendam dlm baldi
berisi air. Mula2 air akan hitam. Biarkan sekurang2nya 3 hari baru letak
induk. Pada ketika ini air sudah jernih. Letak induk dlm baldi peraman
secara berasingan selama sekurang2nya 1minggu. Seelok2nya 2minggu.
Pastikan induk diberi live food seperti jentik2 atau kutu air sepanjang
tempuh peraman.
3. Sediakan tempat utk breeding. Jgn kecil
sangat dan jangan besar sangat. Selalunya saya guna bekas PVC 3kaki x
2.5kaki x 6in. Isi air mineral sedalam 2.5in. Kemudian campurkan dengan
'air hijau' yg kita telah sediakan sehingga ketinggian air dalam bekas
itu menjadi 3in.
Letakkan sedikit tanah liat dan tumbuhan air spt
kiambang, keladi bunting dan sebagainya kedalam bekas. Letak sekeping
daun ketapang. Boleh juga di letakkan daun kelapa atau daun pokok bemban
sebagai tempat fry berpaut. Biarkan selama 1hari untuk pastikan air
jernih semula. Pastikan kedudukan tempat breeding ini jauh dari hiruk
pikuk.
4. Masukkan induk betina kedalam tank breeding. Biarkan
selama 1 hari. Kemudian angkat dan masukkan induk betina kedlm botol
kecil yang di letak dlm air tank breeding itu. Ini adalah supaya induk
jantan nanti cepat 'stim' bila terbau air betina itu serta mengurangkan
risiko induk jantan membelasah induk betina.
Selepas itu baru masukkan
induk jantan ke dalam tank breeding. Biarkan sekurang2nya 3hari sehingga
induk jantan mengeluarkan buih. Apabila jantan sudah membuat buih baru
lepaskan induk betina kedalam tank bersama2 jantan.
5. Selalunya
mereka akan mula kahwin dalam 1-3hari. Apabila telah kelihatan telor2
bewarna putih pada buih2, maka asingkan induk betina. Pada ketika ini
induk jantan lebih kerap duduk dibawah buih sementara yg betina mula
menjauhkan diri.
6. Fry akan mula menetas dlm 48-72jam. Elakkan
dari terlalu kerap mengintai fry2 ini kerana dikhuatiri bapa akan stress
dan memakan fry.
7. Asingkan bapa pada hari ke 5 setelah fry menetas.
8.
Fry akan makan mikro organisma yg ada dlm air hijau yg telah kita
sediakan dalam tempat breeding itu dari hari 1-4. Beri fry makan kutu
air Bermula pada hari ke 5. Pada hari ke 21 dan seterusnya boleh selang
selikan kutu air dengan tauhu telor sebagai makanan fry. Selepas fry
berumur 60 hari boleh pula selang selikan makanan fry dengan blood worm.
Masuk 2.5 bulan pula boleh mula tambah jentik2 ke dalam menu fry.
9. Masuk 2.5bulan air tank boleh ditambah jika susut.
10. Itu sahaja... SELAMAT MENCUBA!
0 Ulasan