Kelebihan Kekurangan Google Pixel 6 Malaysia 2023 - Baca Sebelum Beli

 Kelebihan Kekurangan Google Pixel 6 Malaysia 2022 - Baca Sebelum Beli bagi siapa yang tengah rancang nak pakai Google Pixel ni.

Ulasan power ni dikongsikan oleh Abul M. Salleh di Facebook sebagai panduan kita.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.

Alkisah pengalaman menggunakan Google 𝗣𝗶𝘅𝗲𝗹 𝟲.
 
Hampir seminggu saya menggunakan Google Pixel 6 (sebelum ini menggunakan Pixel 7 Pro yang telah dijual disebabkan kegawatan poket dompet), boleh saya katakan model ini sudah memadai untuk kegunaan, keperluan dan keinginan saya seharian. 
 
Untuk sesiapa yang tengah berfikir-fikir, merenung-renung mahu membeli model Pixel yang mana satu, saya syorkan anda untuk masukkan model Pixel 6 di dalam pertimbangan anda. 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔? Mari saya ceritakan.
 
𝗕𝗼𝗱𝘆
 
Fuh, sampai sekarang saya menggunakan telefon ini secara telanjang tanpa casing. Baca elok-elok, telefon yang telanjang bukannya saya. 
 
Terasa seperti memegang belut. Pantang lepa, senang-senang saja boleh terlepas dari pegangan seperti makwemu yang senang-senang diangkut lelaki lain setelah dibelanja topup RM10. 
 
Umumnya, rekaan badan Pixel 6 dan ke atas sememangnya licin. Walaupun cuma diletak di tempat yang tidak rata, pasti ia akan menggelongsor pelan-pelan. 
 
Jadi, seeloknya pakailah casing. Jangan sesekali percayakan tanganmu yang kononnya pasti akan menggenggam elok-elok. 
 
Ini bukan masalah tangan, tetapi telefon. Telefon ini sepertinya tidak mudah dijinakkan saat telanjang. Namun, bila saya ketepikan tentang licin, telefon ini sedap dipegang.
 
Ia tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ia juga tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. Pokoknya, memang sedaplah pegang. Saiznya terasa kompak tetapi tidaklah kompak sangat. 
 
Ah, memang sedaplah. Kalau nak lebih puas hati, anda boleh cari mana-mana seller yang menjual dan cuba pegang model ini.
 
𝗦𝗼𝗳𝘁𝘄𝗮𝗿𝗲
 
Rasanya semua sudah maklum, antara banyaknya model telefon android, Pixel la yang paling bersih dan minimalis. Untuk sebahagian orang pula boleh jadi Pixel la yang paling membosankan. 
 
Saya suka UI yang bersih. Saya juga suka sistem operasi Google di mana ia ingat tentang semua password, contact (jika tukar telefon lain kita tak payah pening-pening untuk ingat semula password akaun itu ini untuk log in semula dan tanpa simkad pun sudah boleh dapatkan semula senarai contact) bahkan untuk WiFi. 
 
Bukanlah maksudnya jenama dan telefon lain tidak boleh begini, boleh saja. Namun, mengikut pengalaman saya yang telah menggunakan IPhone dan Android lain, rasanya untuk sistem ini saya lebih cenderung ke arah Pixel dan kemudian ke IOS.
 
𝗞𝗮𝗺𝗲𝗿𝗮
 
Umum semua yang teracun dengan Pixel adalah disebabkan hasil gambarnya. Di sinilah ia memainkan peranan utama. Ramai yang bertanya, Pixel yang mana satu bagus untuk dibeli? 
 
Seharusnya engkau tanya diri sendiri dulu, kau mahukan Pixel sebab apa? Kalau kamera semata-mata, Pixel 2XL pun sudah memadai. Sistem dan pemprosesan kameranya lebih kurang saja sampai ke Pixel 6A. 
 
Harga pun jauh lebih murah. Tetapi, kalau memang mahu digunakan untuk daily driver, lebih elok ambil Pixel 6 (jika anggaran bajetmu dibawah 2k). 
 
Sebab apa? Sebab ia menggunakan sistem kamera yang lebih baru. Misal katalah, engkau ada bajet banyak dan masih tertanya-tanya sama ada ingin Pixel 7 Pro atau Pixel 7? 
 
Jawapannya mudah. Kalau engkau tak obses dengan kamera telefoto, kalau kau tak obses nak zoom skodeng bulu hidung jiran yang duduk di flat blok sebelah, kalau kau tak obses nak skodeng bentuk garisan seluar dalam kat bontot makwe makwe yang pakai seluar ketat nun jauh di sana, makanya cukuplah kau beli Pixel 7 atau Pixel 6 saja. Jangan ambil yang pro
 
𝗦𝗸𝗿𝗶𝗻
 
Kalau engkau dah biasa dengan skrin 60hz. Boleh la sekadar guna Pixel 6A paling koman pun untuk sekarang. Tetapi, kalau mahupun skrin 90hz bolehlah pilih Pixel 6 atau Pixel 7. 
 
Kalau nak lebih lagi ambillah yang versi Pro. Sebenarnya untuk saya, 90hz dah memadai. Ia dah cukup untuk buat saya rasa telefon ini begitu premium. Tak terasa seperti midrange sama sekali. 
 
𝗕𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶
 
Ini subjektif sebenarnya. Untuk makluman semua, sebelum saya ingin membeli sebuah telefon, ada dua hal saja yang saya pertimbangkan yakni bateri dan kamera. 
 
Untuk kamera saya akan pastikan ia ada format RAW. Manakala, bateri pula saya inginkan ia mampu bertahan tanpa cas selama tempoh saya di tempat kerja 9 jam. 
 
Maka, untuk dua hal itu Pixel 6 tidak mengecewakan saya. Sebab itulah saya katakan ia sudah mencukupi keperluan dan keinginan saya. Saya bukan kaki main game sampai pulun main game di tempat kerja. Saya main game bila saya terasa nak main saja. 
 
Boleh dikatakan dalam sehari satu atau dua jam saja untuk game. Selebihnya banyak ke arah media sosial, kamera (waktu kerja guna kamera), streaming Netflix dan HBO GO. 
 
Berdasarkan penggunaan saya, saya boleh dapat rata-rata 5 jam screen on time (SOT) untuk sampai ke 20% bateri. Itu memadai untuk saya. Ha...cuma bab cas telefon yang seperti kura-kura ni boleh buat gaduh kebanyakan orang juga. 
 
Mujur saya tidak begitu peduli bab tu. Tetapi, kalau nak sembang pasal bateri telefon mana lagi padu, memang Pixel ni tidak termasuk dalam golongan yang paling padu la. 
 
Tetapi, ia tidak juga termasuk dalam golongan yang terpaling hanat. Sedang-sedang saja. Chill chill bukan kaki select orang kata.
 
𝗣𝗮𝗻𝗮𝘀
 
Adakah chip Tensor ini memang panas? Semua telefon pun akan panas pada waktu dan tempat yang tertentu. Panas kalau menggunakan kamera terlalu lama; normal. 
 
Panas kalau berada di ruangan yang panas tanpa kipas dan penghawa dingin; normal. Panas menggunakan telefon di bawah terik matahari; normal. Panas saat main game; normal. 
 
Bagi saya semuanya normal dan masih boleh diterima. Saya cuma tak boleh terima kalau telefon tiba-tiba panas saat saya tak guna dan saat saya duduk di tempat sejuk. 
 
Jadi, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri sejauh manakah anda mampu bertoleransi dengan kepanasan?
 
𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻
 
Kalau engkau ingin menggunakan pixel sebagai daily driver fon utama, saya cadangkan untuk pertimbangkan model Pixel 5, Pixel 5A, Pixel 6A, Pixel 6. 
 
Ini untuk yang bajet tak keras di bawah 2k. Kalau ada bajet lebih buatlah pilihan sama ada mahukan yang biasa ataupun yang Pro. Semuanya saya dah nyatakan di atas. 
 
Bab ada 5G atau Volte tu semua, anda boleh baca dalam grup. 
 
Sudah banyak jawapan dan soalan sebegitu. Tinggal scroll saja untuk cari jawapan. Terima kasih sudi membaca sampai habis.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan