Kelebihan POCO F5 5G Malaysia vs Redmi Note 12 Pro Plus 5G, apa yang menarik dan smartphone mana lebih baik?
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
HARGA POCO F5 DAN REDMI NOTE 12 PRO PLUS DI MALAYSIA
POCO F5 dijual pada harga RM1,699 manakala Poco F5 12GB RAM + 256GB dijual pada harga RM1,799.
REKAAN DAN RUPABENTUK
Walaupun berada di bawah payung yang sama iaitu Xiaomi, ada beberapa perbezaan antaranya ialah POCO F5 menggunakan plastik dibahagian belakang manakala Redmi Note 12 Pro Plus kemasan kaca.
Redmi Note 12 Pro lebih besar dan lebih tebal serta lebih berat berbanding POCO F5 dan lebih tampak premium. Skrin pada Redmi Note 12 Pro juga lebih baik berbanding POCO F5.
PROCESSOR, RAM DAN SAIZ MEMORI
Jika dilihat diatas kertas, spesifikasi POCO F5 jauh lebih baik berbanding Redmi Note 12 Pro. POCO F5 menggunakan Snapdragon 7+ Gen 2, dengan pilihan 8GB/ 128GB dan 12GB / 256GB , LPDDR5 RAM and storan terkini UFS 3.1.
Redmi Note 12 Pro+ pula menggunakan cip Mediatek Dimensity 1080 dengan pilihan 8GB/ 128GB dan 12GB / 256GB RAM.
FUNGSI GAMING
Dalam hal gaming, POCO F5 lebih berkuasa dan lebih baik berbanding Redmi Note 12 Pro+ memandangkan POCO menggunakan processor lebih baik dan ram yang lebih laju.
PRESTASI KAMERAJika dilihat pada sensor kamera yang digunakan, Redmi Note 12 Pro+ menghasilkan gambar lebih baik berbanding POCO F5.
Namun ia tidak bermaksud kamera yang ada POCO F5 tidak menghasilkan gambar yang baik. Masih okay dan boleh diterima namun tidak dapat mengalahkan Redmi note 12 Pro+.
PRESTASI BATERI
Dari segi bateri, Redmi Note 12 Pro Plus mempunyai prestasi bateri yang lebih baik berbanding POCO F5 walaupun keduanya dilengkapi dengan bateri sebesar 5000mAh.
Redmi Note 12 Pro Plus juga mengecas jauh lebih pantas pada 120watt berbanding 67watt pada POCO F5.
PRESTASI PHONE
POCO F5 dilihat dengan mudahnya dapat mengalahkan Redmi Note 12 Pro Plus kerana ia menggunakan cip pemprosesan lebih baik, ram dan storan yang lebih laju.
0 Ulasan