Cara Mohon Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang mudah ni min jumpa ada pengguna kongsikan di Twitter beliau. Moga menjadi rujukan kita semua.
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Cara Mohon Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Sebab ramai yang tanya saya macam mana nak apply Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), boleh refer langkah-langkah dibawah
1. Daftar di ipr.epu.gov.my dan sahkan akaun anda. Buat bacaan tentang syarat permohonan dan kategori inisiatif anda.
2. Log masuk dan pilih Inisiatif anda. Buat permohonan. Isi butiran dan masukkan dokumen sokongan seperti slip gaji dan gambar kad pengenalan.
3.Seterusnya, ada beberapa siri email untuk mendapatkan butiran tambahan anda seperti pengalaman berniaga anda, sijil menghadiri kursus penyediaan makanan/sijil kemahiran memasak, suntikan tifoid, sijil SSM dan serahkan butiran tersebut kepada email kementerian.
4. Jika proses saringan dah berjaya, anda akan menerima panggilan telefon daripada pihak kementerian yang akan semak butiran-butiran tersebut. Tips: Jangan dedahkan info penting seperti akaun bank bagi mengelakkan daripada scam.5.Akhir sekali, anda akan dapat panggilan yang mengatakan bahawa anda berjaya dipilih dalam program ini. Email akan diberikan sebagai garis masa untuk sebarang perjumpaan, latihan dan on-site testing.
Secara peribadi, proses ini mengambil masa dalam 4-5 bulan untuk saya dapat permohonan ini. Selamat mencuba!Tutorial di atas adalah milik saudar @Amiruddin yang dikongsikan beliau di twitter.
0 Ulasan