Kelebihan Kebaikan Makanan Kucing Orijen Six Fish

Kucing korang minat ikan? Kena cuba makanan ni.Kelebihan Kebaikan Makanan Kucing Orijen Six Fish bagi yang m,encari review. Menarik tau perkongsian dibawah.

Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.

 

Makanan kategori Organic
 

Orijen adalah jenama dari Kanada (jenama bersekutu Acana) yang nilai nutrisinya hampir menyamai makanan asli kucing (tinggi kandungan protein dan lemak tanpa bijirin). 
 
Kualiti kandungan bahannya sangat bagus, dinilaikan 9/10 di AllAboutCats. Daripda ulasan yang sama, gred keseluruhan mereka adalah C+. Dan ia disebabkan pilihan produk yang terhad, harga yang mahal, dan isu pengembalian pada tahun 2008.
 
Tetapi kembali kepada makanan kucing kering ini:
 
Ia mempunyai formula yang kaya, terdiri daripada 6 spesies ikan yang berlainan daripada perairan Kanada – ikan segar (2/3) dan ikan yang dikeringkan (1/3).
 
Juga terdapat minyak ikan herring. Iaitu sumber yang bagus untuk Lemak Asid Omega (mencantikkan bulu kucing anda)
 
Walaupun mempunyai keseimbangan nutrisi yang hampir sempurna, kucing tidak sepatutnya hanya makan Orijen Six Fish sepanjang masa. Ia boleh membawa kepada pengumpulan bahan logam berat daripada ikan!
 
Anak kucing yang akan paling banyak mendapat manfaat daripada makanan kucing Orijen ini! Tetapi untuk kucing dewasa, makanan ini mungkin agak padat dengan nutrisi!
 
Makanan Kucing Orijen Six Fish
Protein: 42% |Lemak: 20% | Kelembapan: 10% | Serat: 3%
Sumber Protein: Ikan Pacific Pilchard, Hake, Mackerel, Flounder, Rockfish & Sole yang segar
Nutrien Lain: Kalcium, Taurine, Asid Lemak Omega –6, Asid Lemak Omega-3
Sesuai Untuk: Semua Peringkat Umur
 
Kebaikan:
-Bebas bijirin
-Tinggi protein dan lemak berasaskan haiwan
-Hampir tiada karbohidrat berbanding jenama yang lain
-Tanpa bahan kandungan tiruan
-Penilaian yang tinggi (9/10) daripada PetFoodReviewer
-Sumber karbohidrat yang diiktiraf (bijirin seperti kacang lentil)
-Sumber yang bagus untuk asid lemak omega
-Makanan kucing kering yang dinilaikan atas purata, menurutCatFoodDB (7.6/10)
-Tiada bahan sampingan
 
Keburukan:
-Amat mahal
-Bau tidak menyenangkan (bau hanyir ikan)
-Produk khas ini (hanya bersumberkan ikan untuk protein) tidak sesuai untuk sebagai makanan harian kucing
-Produk yang perlu dielakkan untuk kucing yang mempunyai perut sensitif
-Tiada bahan tambahan perisa

Catat Ulasan

0 Ulasan