Anda plan nak menginap di Swiss-Belhotel Kuantan, Pahang ? Ikuti review hotel tersebut yang dikongsikan Fid di Facebook.Sangat menarik okay!
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sedikit perkongsian pengalaman percutian last minute di Kuantan.
🏨 Hotel : Swiss-Belhotel Kuantan, Pahang
🕒 Check in : 3pm 6/06/2022
🕛 Check out : 12pm 8/06/2022
🌅 Bilik : Studio Room (Seaview)
💲 Rate : RM698 (3d2n)-pakej cuti sekolah (promosi)
💵 Deposit : RM100
💳Tax : RM 6
Kami bertolak dr selangor lebih kurang 8.40am sampai ke destinasi lebih kurang jam 12pm.
Terus ke kaunter bayaran pendaftaran bìlik.. sementara tunggu check in pkul 3, kami keluar mkn tengahari disekitar hotel.staff sangat friendly dan proses daftar sgt cepat..
Proses check-in :⭐⭐⭐⭐⭐
Dalam jam 2.30pm kami balik ke hotel dan ambik kunci..walaupun ramai yg beratur proses sangat cepat dan terus boleh masuk bilik. password wifi diberi sekali dgn kunci..resit deposit sila simpan utk proses check out nanti..
Lokasi :⭐⭐⭐⭐⭐
Private & View sangat cantik.
Hotel ni ada 2 view.
Sea view
City view
Bilik :⭐⭐⭐⭐⭐
Kami memilih Studio Room (Sea view).
Kami dapat bilik di tingkat 8..
Bilik ni ada 1 queen bed.
Utk 2 dewasa 4 kanak2 kira luas juga..Boleh bawa toto sbb bilik luas..
View mengadap laut.
Masha Allah pemandangan cantik sangat..
Toilet :⭐⭐⭐⭐⭐
Toilet bersih ada 2 bahagian dlm satu tandas, toileteries disediakan & towel. Terdapat juga water heater & hair dryer..
Kemudahan dalam bilik :⭐⭐⭐⭐⭐
Wifi : password diberi masa ambil kunci
Peti sejuk mini dalam cabinet
Ada sinki
Meja bar dan kerusi bar utk duduk2 makan2 santai..
Nescafe 3in1 & tea
Mineral water
Sejadah / arah kiblat
Iron & ironboard disediakan
Ada meja tulis
Ada 2 kerusi sambil2 duduk tgk view laut..
Breakfast :⭐⭐⭐⭐⭐
Menu sedap..mcm2 ada ,
nasi lemak sedap..👍
Cafe bersih..
*** edit : breakfast utk 2pax dewasa.
utk kanak2 6thn ke atas caj: rm15/seorg..
Swimming pool:⭐⭐⭐⭐⭐
Ditingkat 5..dgn pemandangan laut 🌊 kt blkg..cantik sangat..bersih, terdapat 2 bahagian untuk dewasa & kanak-kanak..ada slide..mmg kanak2 suka sangat..
Yg bagusnya ada life guard..sentiasa memantau pergerakan kita dikolam..kanak2 tidak dibenarkan ke kolam dewasa..pakaian pula diwajibkan pakaian renang..takboleh baju cotton atau selain baju renang..dia akan halau...tuala pun disediakan sbb lantai ke lift tak boleh basah..
Aktiviti :⭐⭐⭐⭐⭐
Selain kolam renang..ada gym..tp terhad utk beberapa org sekali masuk..
playground kanak2..
Tempat ootd yg cantik..ada taman dan landskap yg cantik dan sangat bersih..🛤
Sangat recommended untuk percutian yg santai bersama family tersayang.
Ada masa nak repeat..sangat best walaupun last minit dan hotel lain semua penuh..tak sangka hotel ni cantik dan bersìh..Terbaik 👍👍..bertaraf hotel 5 bintang dan international..❤❤
0 Ulasan