Tips Pilih Beli Durian Musang King, Tekka,D24, Black Thorn dll - Amalkan Ni, Untung Besar!

Min tertarik betul dengan tips beli dan pilih durian yang dikongsikan netizen ni.Korang wajib amalkan masa nak beli durian, baru lah berbaloii.

Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.

Ikuti tips perkongsian dibawah okayy.

Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.

 
1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.
 
2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.
 
3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.
 
4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
 
5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.
 
6. Bau.
Hidu durian dan cari yang berbau manis.
 
7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.
 
8. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.
 
9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.
 
10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.
.
Harap boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.
Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.
.
Azlan Noor
Pilih, beli dan makan durian
Sumber : Azlan Nor

Catat Ulasan

0 Ulasan