Sebelum ini aku pernah menulis mengenai makanan kucing terbaik yang aku pernah cuba, iaitu Equilibrio Kitten yang berjaya menukar Gebu menjadi seekor Godzilla. Bagi yang terlepas artikel tersebut, korang boleh baca disini.
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.
Aku nobatkan EQ sebagai antara makanan kucing terbaik waktu tu sekitar awal 2018. Jadi macam mana dengan penghujung 2019? Ada lagi yang lagi baik?
Jawapan dia adalah, yes ada! Benda ni berdasarkan pengalaman keluarga aku sendiri yang menjalankan ujikaji terhadap Atan. Dah siapa pulak Atan? Atan ni, anak kepada eton yang merupakan adik kepada Gebu. Kira si Eton tu adik gebu dan Atan ni anak saudara Gebu lah kiranya. Kau faham tak? Aku tak.
Nak jadi cerita, si eton beranak dan memandangkan status dia adalah ibu bersalin yang mempunyai baby, jadi makanan asas diorang ditukar kepada Royal Canin Mother and Baby. Penukaran ini turut berkuatkuasa keatas Atan. Apa yang Eton makan, Atan kena makan jugak, tak kuasa aku nak beli asing makanan lain jenis.
Atan ketika Eton beranak, berada dalam proses penyembuhan selepas hampir mati (pernah nazak) kerana makan serangga beracun. Jadinya, keadaan dia memang amat-amat kurus. Masa sakit dahulu, minum air pun terpaksa disuap, makan memang tak boleh dah la masa tu. Itu nanti aku cerita. Kalau rajin la.
Aku anggarkan berat Atan ketika tu mungkin dalam sekilo macam tu tak lebih, sebab memang kurus. Bermula bulan Julai, Atan mula makan royal canin Mother and Baby. Satu benda aku perasan, Atan dengan Eton cukup suka dengan RCMB ni. Pelahap lebih kurang aku. Beza dia, aku tak makan la Royal Canin tu.
Atan berada dalam jagaan adik aku, jadinya, kali terakhir aku nampak dia, memang kurus. 3 bulan lepas tu, bila jumpa balik Atan, tudiaaaaaaa baq hang. Berat dia dah hampir mencecah 4 kilogram. Dia punya besar, perghh. Mencungap gak la nak dukung si Atan ni.
Pada kebiasaannya, kucing spesies DLH ni nampak gemok atau besar sebab bulu dia je tebal. Cuba kau mandikan kucing parsi masing-masing, tengok kurus macam mana. Tapi berbeza dengan Atan. Badan dia jadi taff, tegap macam pergi gym tak pernah skip. Memang mindblown orang puteh kata, orang hitam kata apa tu aku taktau, jangan tanya.
Bulu dia jadi pendek kesan gugur dari sakit dulu + dia pernah kena serangan kutu yang amat teruk sampai berkuping bulu dia. Jadi, si Atan ni besar bukan sebab bulu dia tebal, tapi memang sebab dia sendiri jadi sado, tegap semacam.
Bagi yang tertanya-tanya, Atan makan wetfood atau tak, jawapan dia, amat jarang, sebulan sekali macam tu je lebih kurang. Itu yang buat aku yaqin yang Royal Canin Mother and Baby ni buat Atan jadi sado semacam.
Oh ya, umur Atan baru setahun lebih. Nak dibandingkan dengan Gebu, umur dalam 3 tahun berat baru dalam 3.5kg macam tu. Atan p bantai berat hampir 4KG. Kau bayangkan lah.
By the way, penerimaan dan kesan pemakanan terhadap kucing ni sebenarnya berbeza. Ada kucing bila dia makan ni, dia jadi macam tu, ada kucing yang bila dia makan tu dia jadi macam ni. Jadi, kau sebagai tuan, kaji sendiri apa yang sesuai dengan kucing masing-masing. Jangan duk kaji apa sesuai untuk perut sendiri je, fikirkan sekali perut kucing belaan tu. Berlaku adil lah.
1 Ulasan
Setakat ni kan. Kucing ak makan equilibrio mmg selera. Pernah ak tukar bg makan RC sbb stock EQ habis kt kedai sEmentara waktu. Langsung xnk mkn. Mkn pun xhbs.jd ak sbg catparent. Ak jd susah hati. Tepaksa jgk ak cri equilibrio. Stakat ni pilihan ak mknan trbaik adlh EQ. Najis xberbau bentuk pun solid. Badan pun gemuk sado.
BalasPadam