Tips Cara Bela Ikan 2019 - 7 Kesalahan Serius Hampa Tak Patut Buat

Bro apa plan bro? Kalau takde plan, jom kita lihat apa tips cara untuk bela ikan yang patut korang ikut. Artikel kali ini akan fokus pada 5 kesalahan yang wajib dijauhi kalau nak bela ikan pada tahun 2019 ini.
 
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai. 




1- Tiada ilmu, tak buat kajian sebelum mula

Hat ni parah. Tiada ilmu asas memelihara ikan tapi terus p beli ikan campak masuk bekas dengan harapan ikan itu hidup aman damai dan sejahtera.

Konsep dia mudah tuan-puan, kita nak bela apa pun, hatta nak bela anak sekalipun, perlukan ilmu. Jikalau dah terdetik nak mula bela ikan, lakukan sedikit kajian terlebih dahulu, gunakan Google ataupun Facebook Group seperti MAF unuk dapatkan tips dan ilmu yang sepatutnya.

2- Guna Aquarium / Bekas Terlalu Kecil

Kalau kita sendiri berkehendakkan rumah yang luas besar dan selesa, kenapa kita tak berlaku adil dengan ikan peliharaan dengan memberikan aquarium kecik untuk dia?

Ini juga berkait rapat dengan ilmu, beli ikan emas kemudian masukkan dalam bekas kecil sebesar mangkuk maggi. Jangan buat tuan-puan, jangan.

Sediakan aquarium atau bekas paling kecik sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki atau 30cm untuk ikan bersaiz kecil seperti tetra, guppy, molly dan lain-lain.

Kalau ikan yang anda beli akan membesar bagaikan juara, sediakan bekas yang lebih besar. 

Begitu juga jika anda membela ikan spesis monster seperti Arowana, Kelisa, Oscar, Peacock Bass, Flower Horn dan lain-lain, minimum yang dicadangkan adalah 4 kaki, ya 4 kaki adalah saiz minimum.

3- Pandang Ringan bab Filter, penapis, pembersih air.

Hat ni ramai yang pandang ringan. Jangan pandang ringan tuan-puan hal mengenai filter aquarium ini, Fungsi dia amat penting, iaitu membersihkan air aquarium anda termasuk menjadi tempat pembiakan bakteria baik yang akan memastikan air aquarium sentiasa jernih dan selamat untuk dihuni.

Konsep dia ibarat rumah kita, apa jadi kalau rumah kita takdak penyapu, vacuum dan segala macam alat pembersih? Kotor bukan? Kita sendiri tak lalu nak duduk, lain la kalau tuan-puan jenis pengotor seperti housemates saya.

Penggunaan filter aquarium ni, biar terlebih atau overkill dan jangan terkurang. 

4- Campur Aduk Spesis Ikan Sesuka Hati

Tudia aih, hat ni bahaya teruk. Sering terjadi bila ilmu takdak tapi p taram beli segala macam jenis ikan lepas tu campak masuk dalam satu aquarium, aquarium kecik pulak tu. Pishang.

Jangan lagu tu tuan-puan. Tak semua ikan boleh dicampak bersama. Anda campur ikan Guppy dengan Flower Horn, pagi esok jangan duk hairan la kenapa guppy dah tak nampak.

Sama jugak p campur Flower Horn sama Flower Horn, pagi esok bangun jangan duk hairan la kenapa ekor koyak rabak cedera sana sini.



Wajib kaji spesis ikan yang kita minat. Kaji perangai ikan terlebih dahulu sebelum putuskan untuk campur sekali.

Ini tak, dia duk p kaji perangai jiran, pastu ronda sekampung mengumpat perangai jiran tadi. Jangan tuan-puan, jangan.

Ingat, kaji perangai ikan, bukan perangai jiran.

5- Tak sediakan Ubat-Ubatan Lengkap.

Apa tuan-puan ingat manusia ja ka hat perlukan ubat bila sakit? Ikan peliharaan juga amat mudah sakit kalau tuan dia jenis jaga kot dan sambil lewa.

Jangan duk hairan la awat ikan yang kita duk bela tiba-tiba terapung dekat atas.

Kenali penyakit yang sering menjangkiti ikan peliharaan dan sediakan ubat yang bersesuaian.

Macam mana nak kenal penyakit ikan peliharaan? Buat carian Google, tanya pada mereka yang pakar terutama dalam group MAF dan akhir sekali, follow blog Apa Plan untuk ilmu yang akan dikongsi.

6- Bela Pastu Tinggal

Hat ni perangai paling parah, paling teruk bak hang. Hampa ingat ikan tu manusia ka boleh cari makanan sendiri, bersihkan aquarium sendiri?

Saya pernah jumpa spesis manusia dia beli ikan, letak dalam aquarium pastu pakat tak jaga, duk biar ikan tu sampai mati.

Gatai tangan nak bela ikan, tengok orang bela dia nak bela, tapi perangai pemalas. Spesis macam ni kalu buleh, bela anak pun toksah la. Naya ja satgi.



7- Tak Tukar Air Aquarium

Hat ni pun satu, ramai yang berpegang dengan pegangan "Aku elok ja tak tukar air Aquarium berbulan, hidup ja ikan".

Ini satu pegangan yang salah. Air jernih tak bermaksud air tu tak bahaya atau tak mengandungi bahan berbahaya.

Kesian dekat ikan, kita tak tau apa bahan dalam air yang dah berbulan tak tukar yang boleh beri kesan pada ikan. Samada bagi penyakit berbahaya, membantutkan tumbesaran ikan dan lain-lain.

Jangan duk malas sangat nak tukar air, pandai bela pandai la jaga.

Air patut ditukar seminggu sekali pada kadar antara 20 - 50 peratus mengikut keadaan.

Baik, itu antara kesalahan yang patut hampa semua elakkan semasa memelihara ikan. Berlaku adil lah pada makhluk tuhan yang lain. Kita sendiri nak kan yang terbaik untuk diri sendiri, jadi berikan lah yang terbaik untuk ikan peliharaan kita.

Ikan tu tak merayu pun dekat hampa untuk beli bela dia. Kalau dia tahu hampa jenis pemalas tak bertanggungjawab, dia pun taknak hampa bela dia.

Faham dak lagi? Kalau dah faham, jangan lupa like Facebook Page Apa Plan ok?

Catat Ulasan

0 Ulasan