Review Ulasan G-Shock GA-2000S Carbon Core Guard Series Dari Bukan Peminat G-Shock

Jam jenama G-Shock ni rasanya tak perlu diperkenalkan dah. Terlalu famous sampai clone bersepah orang jual lagi-lagi dekat Shopee atau Lazada (berhati-hati ya). 
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai. 




Itu belum kira yang dijual dekat pasar malam.

Aku sebenarnya bukan peminat G-Shock dan memang tak pernah beri perhatian atau mat saleh kata "pay attention" dekat jam jenama tersebut. 

Even kalau terjumpa orang pakai flagship G-Shock pun memang jarang la nak rasa kagum.

Tapi.

Ini yang nak cerita ni.

Memandangkan jam fitness (Mi Band 3) kepunyaan hilang baru-baru ni , tercicir entah dekat mana, dan lepas bonus gaji masuk akhir tahun 2019 haritu, aku putuskan untuk usha atau take a look dekat G-Shock, saja cuci mata.

Terus terpaku dekat siri terbaru yang dipanggil Carbon Core Guard series yang mana siri tersebut guna design baru dan bahan baru untuk binaan jam.

ULASAN REKAAN 

Carbon Core Guard series memang agak berbeza dari segi rekaan berbanding jam tradisi G-Shock yang lain. Tiada lagi Button Guard tapi masih dengan tahap ketahanan yang sama/lebih baik.

Siri tersebut menggunakan pendekatan rekaan simple dan minima, bahan yang digunakan untuk buat body jam tersebut dikatakan campuran resin dan carbon fibre, menjadikan ianya lebih ringan.

Tapi dia punya ringan takde lah sampai kau tak rasa jam tu dekat tangan. Dia macam just nice, memang cukup nice dia punya berat. Tiada rasa terbeban sebab berat sangat. Satu rekaan yang cukup selesa dipakai.
Ciri lain siri GA2000 ini ialah, ia dikatakan G-Shock pertama yang mudah untuk ditukar tali jam tersebut. Ada fungsi Quick Release yang hanya perlu ditekan untuk membuka tali jam dan tukarkan dengan yang lain.

Model GA-2000E-4 siap hadir lengkap dengan 2 unit tambahan tali jam G-Shock. Apa yang best, pengguna boleh guna tali jam dari pengeluar lain untuk dipadankan dengan GA-2000 milik masing-masing.

Antaramuka atau interface muka jam GA-2000S menggunakan konsep 3D Watchface yang bagi aku memang memukau.

GA-2000S punya overall design memang nice, agak kecil sikit ( not bulky) berbanding siri G-Shock lain, simple dan minima. Sesuai untuk mereka yang ada pergelangan tangan yang kecik.


G-Shock sebenarnya memang cukup legend dengan rekaan jam tangan mereka. Pengguna kena rasa sendiri jam ada di tangan. Memang akan terasa betapa berkualiti dan premium nya jam G-Shock ni.

Tak hairan lah kenapa ramai orang yang obses dengan koleksi G-Shock.

SPESIFIKASI RASMI
  • Shock Resistant
  • Mineral Glass
  • Neobrite
  • 200-meter water resistance
  • Case / bezel material: Carbon / Resin 
  • Resin Band
  • Double LED light
    LED light for the face (Super illuminator, selectable illumination duration (1.5 seconds or 3 seconds), afterglow)
    LED backlight for the digital display (Super illuminator, selectable illumination duration (1.5 seconds or 3 seconds), afterglow)
  • World time
    31 time zones (48 cities + coordinated universal time), daylight saving on/off, Home city/World time city swapping
  • 1/100-second stopwatch
    Measuring capacity:
    00'00''00~59'59''99 (for the first 60 minutes)
    1:00'00~23:59'59 (after 60 minutes)
    Measuring unit:
    1/100 second (for the first 60 minutes)
    1 second (after 60 minutes)
    Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times
  • Countdown timer
    Measuring unit: 1 second
    Countdown range: 24 hours
    Countdown start time setting range: 1 second to 24 hours (1-second increments, 1-minute increments and 1-hour increments)
  • 5 daily alarms
  • Hourly time signal
  • Hand shift feature (Hands move out of the way to provide an unobstructed view of digital display contents.)
  • Full auto-calendar (to year 2099)
  • 12/24-hour format
  • Button operation tone on/off
  • Regular timekeeping
    Analog: 2 hands (hour, minute (hand moves every 20 seconds)), 1 dial (mode)
    Digital: Hour, minute, second, pm, month, date, day
  • Accuracy: ±15 seconds per month
  • Approx. battery life: 3 years on SR726W × 2
  • LED:White


FUNGSI TERBINA

G-Shock G2000s bukan merupakan siri flagship jam G-Shock. Ia boleh dikategorikan berada dalam kelas asas G-Shock. 

Jadi, tiada fungsi-fungsi advance seperti sambungan Bluetooth, barometer, altimeter, Tough Solar power dan lain-lain termasuk fungsi Auto Light apabila melihat jam.

Fungsi asas terbina seperti biasa terdapat lampu LED putih, World Time, Stopwatch dan Alarm.

Terdapat dua paparan LCD pada antaramuka jam tersebut yang boleh memaparkan masa, hari, tarikh termasuk waktu jam negara lain.

ULASAN KESELURUHAN

 

GA-2000s A1 mula dijual pada harga sekitar MYR 579 dan boleh didapati pada harga jauh lebih murah di beberapa kedai online ( pastikan anda pilih penjual yang dipercayai).

Aku boleh anggap jam ini jatuh dalam kategori mampu milik dan berpatutan.

Susah nak jumpa perkara yang kurang pada GA-2000s. Secara keseluruhan, dari segi rekaan dan keselesaan, ianya menghampiri kesempurnaan.

Pengenalan GA-2000s memberi pilihan buat mereka yang inginkan konsep minimalistik tapi dengan sentuhan rekaan G-Shock.


Catat Ulasan

0 Ulasan