Tempat Travel Percutian Terbaik: Kampung Agong,Pulau Pinang , yes, itu tempat pilihan kita kalini untuk segmen Jom Travel.
Terjumpa orang kongsi pasal Kampung Agong Main Attraction atau tarikan utama di situ.Cukup menarik untuk dikongsi bersama.
Ikuti perkongsian saudara Imran (@thefrugalcampers) untuk tatapan korang.P follow dorang, best okay!
Kampung Agong merupakan 'Agro Themed Park', dikelilingi dengan lanskap pokok kelapa dan sawah padi yang luas saujana mata memandang.
Semua binaan di sini berkonsepkan kampung melayu lama. Kebanyakkan homestay dan binaan kayu merupakan rumah asal kampung yang dibeli serata Pulau Pinang dan Malaysia.
Tempat ni terkenal dengan 'Sarang Burung Tempua Viral' yang jadi tarikan orang ramai untuk photoshoot.
Macam-macam aktiviti korang boleh buat di sini.
Nak daytrip pun best tetapi make sure datang awal tau sebab tempat ni memang luas. Kitorang yang sehari suntuk merayau pun tak habis explore semua aktiviti kat sini.
Kalau suka suasana kampung,
memang wajib datang ke sini
AKTIVITI
▪️Menunggang kuda
▪️Pusing Kampung Naik Tram
▪️Main Jongkang Jongket Pokok Kelapa
▪️Main Layang-Layang
▪️Naik Basikal Tua
▪️Pengalaman Menuai Padi (Bermusim)
▪️Ladang Madu Kelulut
▪️Ladang Ternakan
▪️Kebun Buah-buahan
▪️Photoshoot Pakaian Tradisional
▪️Menginap Di Homestay Ala Kampung
▪️Camping
▪️Piknik
✅
Tapak camping di Kampung Agong memang lengkap dengan fasiliti seperti
campfire pit (siap ada kayu api), bbq pit, plugpoint dan hammock. Sangat
sesuai untuk beginner atau traveller sebab memang selesa. Toilet pun
bersebelahan dengan kemudahan water heater.
❎ Kekurangannya cuma
tapak khemah tu ada yang dah disimen, kurang sesuai untuk khemah moden
macam sekarang ni. Mungkin tapak yang disimen tu direka khas untuk
khemah berbentuk dome yang mereka sewakan. (Pakej B)
Kalau
korang ada camping gear sendiri, boleh pacak kat tapak sebelah (port
kami - boleh refer previous post). Di situ lebih luas dan agak gelap
pada waktu malam. View memang cantik. Cuma kena pastikan check pokok
kelapa kat atas dulu ok. Selalunya ada staff akan advise kat mana yang
selamat untuk pacak khemah di situ. Staff di sini memang very helpful
& friendly so jangan risau ok?
Untuk kami yang camping
sambil travel memang suka kat sini sebab kemudahan yang selesa. Nak cari
makan pun senang, gerai makanan walking distance jer. Paling win, ada
banyak masa untuk explore Kampung Agong 😉
HARGA TAPAK
Pakej A (RM 30/tapak)
▪️1 Tapak Khemah
▪️Kemudahan (Tandas, Bilik Mandi dengan Water Heater, Plug Point, Fasiliti BBQ)
Pakej B (RM 50/tapak)
▪️1 Tapak Khemah
▪️1 Khemah
▪️Kemudahan (Tandas, Bilik Mandi dengan Water Heater, Plug Point, Fasiliti BBQ)
Caj Tambahan:
▪️ Dewasa (RM 20)
▪️Kanak - Kanak (3 - 11 Tahun) (RM 15)
Aktiviti paling wajib kat sini semestinya bergambar kan. Ada banyak port untuk bergambar di sini. Haritu masa kami di sana, ramai tertumpu kat area entrance untuk bergambar. Sebenarnya kalau jalan sikit lagi ke belakang menghala ke homestay (seberang sawah padi), ada lagi banyak sudut menarik untuk bergambar. Tempat ni luas dan agak panas especially waktu tengah hari, so make sure bawa payung, pakai topi dan sun screen. Kalau rasa tak larat berjalan kaki, boleh naik tram ataupun sewa basikal. Paling penting jangan buang sampah merata-rata ok! Nanti rosak pemandangan cantik ðŸ˜
💡TIPS: Kalau nak photoshoot dengan aman tanpa ramai orang, pukul 8 - 9 pagi dan selepas pukul 6 petang adalah waktu paling sesuai (untuk yang menginap homestay & camping)
Kredit Perkongsian: Instagram thefrugalcampers
0 Ulasan