Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur - Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Korang tercari-cari review hotel yang okay di Kuala Lumpur untuk staycation? Ni min kongsikan review Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Kamilah Murtadza  baru-baru ini.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai. 

 📍HOTEL SERI PACIFIC KUALA LUMPUR 📍

⛱️Date :
31/12/2022 - 01/01/2023
⛱️Rate :
Rm230 (2D1N with breakfast) - Government Rate
⛱️Room :
Twin bed (Add on 1 bed RM70)

⛱️Booking terus dari hotel. Call 2 minggu sebelum tarikh check in. Orang hotel cuma ambil nama dan nombor contact tanpa minta apa²  bayaran 🤩

⛱️Parking :
Waktu kitorang sampai, dah kul 9 malam. So, parking hotel dah penuh. Kami parking kat PWTC (FOC dengan syarat kena scan tiket parking kat Receptionist) 

⛱️Check In ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Time tu, dah lewat. Pukul 9 malam baru sampai selepas Ronda² KL 🙈. Buat bayaran penuh, tiada deposit tambahan dan terus dapat kunci  bilik.

⛱️ Bilik ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Bilik sangat selesa. Bersih.  Ada triple bed, towel, air, toiletries dan semua keperluan untuk 3 orang. Semua ada termasuk iron dan board, safe box, mini fridge, kettle, hair dryer dan ada bathtub. Shower area separated dari bathtub. Air sangat laju, shower jenis waterfall. Memang puas sgt² mandi tapi toilet jenis bidet, jenuh juga 😆


⛱️Swimming Pool ⭐️⭐️⭐️
Ada dua, satu untuk kanak² satu lagi untuk dewasa. Pool dewasa agak dalam. Kanak² memang tak boleh guna. Pool kanak² pun agak dalam. Saiz pool agak kecil. Kanak² kena ada pengawasan daripada orang dewasa.

🌸Lokasi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Dekat dengan PWTC,  Sunway Putra Mall, semua bersambung dengan jejantas je ke PWTC, LRT, KOMUTER.

⛱️Breakfast ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Ini antara sebab utama kenapa Milah pilih sini. Rinduu nak makan Breakfast hotel 🤣. Sebaik suami nak melayan anak tekak bini dia 😂


Breakfast sangat banyak pilihan.
✅ Nasi tomato
✅ Ayam masak merah
✅ Mihun goreng
✅ Roti canai
✅ Mi/kuew teow sup
✅ Dim sum & pau
✅ Cereal
✅ Butter cakes
✅ Roti dan pastries ( croissant 🥐 panas² bakar kat situ 😍)
✅ Coffee maker (Cappuccino, Latte, Mocha etc)
✅ Pelbagai Jus (Oren, Mangga, Epal)
✅ Buah-buahan yang best dan fresh 😍

Makanan sentiasa ada dan cepat topup bila berkurangan. Tip top 🎉🥳

⛱️Check Out ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️


Masa nak check out, kunci bilik hilang 😅. Tinggal 1 je ( dia bagi 3 masa check in). Kitorang dah redha dah kalau kena bayar. Tapi, nak dijadikan cerita, kunci tu ada orang jumpa dan pulangkan ke kaunter. Alhamdulillah, ada rezeki lagi. 

Kami serah kunci terus staff cakap terima kasih. 

⛱️Overall ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Sangat² puas hati.
Servis dan layanan dari staf hotel yang sangat baik hati dan membantu.
Sesiapa yang nak staycation di KL dengan harga bajet tapi servis tiptop dan makanan yang best, silalah check in di sini 🥰

 

Catat Ulasan

0 Ulasan