Cara Renew Passport Online Di Utc Kuala Lumpur, Pudu - Januari 2023

Ikuti perkongsian Bali Bazli tentang Cara Renew Passport Online Di Utc Kuala Lumpur, Pudu yang terkini edisi Januari 2023. 

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai. 

12/1/2023 - Khamis

Boleh baca posting2 lain juga cara nak renew passport, ramai yang dah share, saya nak tulis sikit tips/details untuk tambahan.
 
1. Untuk yang passport dah expired/tarikh expired dah dekat, kene renew online ( kategori bukan walk in ) dekat website imegresen, follow je step macam orang lain juga, buat pembayaran online RM 200, dan kene tekan CETAK RESIT. 
 
Sila cetak resit, nanti dia akan keluar satu surat ( logo KERAJAAN MALAYSIA JABATAN IMEGRESEN RESIT RASMI ). 
 
Masa submit online ( sebelum pembayaran ) , kita dah pilih siap2 UTC mana kita nak collect. Tarikh dan masa belum set lagi masa ni, hanya pilih nama UTC sahaja.
 
2. Masa submit online tu, gambar dia ada syarat2 kene ikut. Kakau dah lulus, gambar kita ok cantik ikut syarat2 dia laa, dan lain2 syarat yang dah ok. 
 
Saya dengar banyak masalah orang upload gambar tak ikut syarat, jadi saya pon ambil gambar di kedai gambar ( RM 18 ), minta diorang emel soft copy ke email, dan upload pakai gambar tu ( submission online ).
 
3. Selepas 2/3 hari, kita akan dapat emel daripada imegresen mengatakan permohonan ada telah LULUS. 
 
Dalam email ada sediakan link untuk kita set appoinment masa dan tarikh. Lepas dah berjaya set, akan dapat confirmation by email.
 
4. So masa hari kutipan tu, tak perlu beratur di line WALK IN atau STO ( Sistem Temujanji Online ). Terus beratur di Kutipan PMA Online. 
 
Ni untuk UTC KL PUDU laa, tempat lain saya tak tahu 🙏🏻 Masa ambil no, officer akan tanya,
 
- dah dapat emel permohonan dah lulus ? DAH, tak payah print pon takpe.
- dah cetak resit rasmi ? DAH, kene tunjuk dekat dia, kalau tak print tak dapat no giliran.
 - dah buat temujanji online ? DAH, tunjuk email confirm dah buat temujanji.
 
BUAT PASSPORT WALK IN DI UTC KUALA LUMPUR, PUDU 
 
( LRT PLAZA RAKYAT , MRT MERDEKA )
 
8/1/2023 - Ahad
 
Ini buat untuk baby saya, ada beberapa syarat kene buat walk in.
 
1. Datang seawal pagi yang mungkin, saya datang hari tu beratur 6.30 pagi, subuh dekat sana, ada surau cantik dekat atas. Dapat no giliran 59. 
 
Hari sebelumnya Sabtu dah datang, pkul 8.30 beratur, pukul 9 habis no giliran dah.
 
2. Ambil no giliran dan tunggu nombor dipanggil.
 
Counter 1 : no giliran untuk walk in
Counter 2 : no giliran untuk STO
Counter 3 - 8 : proses untuk walk in dan STO, biasa bukak 4 counter, 2 walk in 2 STO.
Counter 9 : untuk pembayaran, mesti DEBIT/CREDIT kad sahaja, CASH tak boleh, TNG pon boleh rasanya.
Counter 10-12: counter kutipan passport
 
So haritu lepas ambil no, no saya dipanggil sebanyak 3 kali, counter proses, counter bayar, counter kutip. Tak ada tukar2 no.
 
3. Haritu start beratur 6.30 pagi, dapat no lebih kurang pukul 8.30 pagi, counter proses ( ambil gambar pakai camera imegresen sendiri ) dalam pukul 12.30 tengah hari. 
 
Lepas dah proses, pembayaran dan collect tu kejap je tunggu, dalam 30-40 minit dah settle. So habis haritu pukul 1.15 PM.
⭐️⭐️
 
Kalau weekend memang panjang sangat beratur, nasib2 kalau dapat no. Weekday saya pergi hari khamis tu still ok, tak ramai sangat macam weekend.
 
Sekian harap membantu, sila bersabar sebab orang pon kene beratur 🤣.

Catat Ulasan

0 Ulasan