Kelebihan Kekurangan Honda Vario 160 - Tips Cara Guna Vario 160

 Kelebihan Kekurangan Honda Vario 160 - Tips Cara Guna Vario 160, min tertarik dengan panduan cara guna Honda Vario 160  bagi pembeli baru yang dikongsikan oleh Aizad Aziddin ni.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai. 

 

Jom ikuti panduan yang boleh tahan lengkap dibawah ni:

Untuk kemudahan semua user Vario. Ada sesetengah dealer tak kongsi starter pack panduan guna Honda Vario 160.

Sini saya sharekan (yang teringat. Maybe boleh komen untuk simpanan kita semua). Maaf kalau ada kekurangan di mana2.

KUNCI REMOTE HONDA VARIO 160

1. Butang atas untuk on alarm dan bunyikan alarm untuk cari motor.

2. Butang bawah untuk disable dan enable suis

3. Untuk disable suis. Tekan butang bahagian bawah remote selama 3 saat sehingga lampu remote kelip merah.

4. Untuk enable suis, tekan butang bahagian bawah remote selama 3 saat sehingga lampu remote bertukar hijau semula.

5. Untuk keselamatan, biasakan disable suis selepas turun dari motor.

SUIS MOTOR HONDA VARIO 160 (SUIS YANG BOLEH PULAS TU)

1. Ada 4 stage. Lock, Off, Seat, dan On. Lock untuk lock handlebar, off untuk off motor bila berhenti, seat untuk unlock seat, on untuk start motor.

2. Untuk mula menggunakan suis ini, kunci remote perlu berada pada warna hijau(enabled). Kemudian tekan dahulu suis pulas dan pastikan keluar lampu logo kunci pada meter sebelum pulas ke mana2 arah.

SUIS SEAT HONDA VARIO 160

1. untuk unlock seat dan buka untuk simpanan atau isi minyak.

2. Pastikan suis pulas, berada pada posisi seat untuk menggunakan suis seat ini.

3. Tekan bahagian bawah untuk unlock seat.

CARA START MOTOR HONDA VARIO 160

1. Aktifkan suis pulas (lampu remote warna hijau dan tekan suis pulas sekali)

2. Pulas sehingga posisi ON dan tunggu dalam 3 saat (bagi fuel pump start dulu- good practice tapi kalau nak cepat belasah je lah)

3. Angkat tongkat sisi

4. Tarik brake sebelah kiri

5. Tekan button starter

6. Vrooomm( jgn lupa bai2 bini dulu kalau xmau tido luar)

CARA NAIKKAN DOUBLE STAND HONDA VARIO 160

1. Park motosikal pada tongkat sisi.

2. Berdiri side kiri motosikal

3. Tekan double stand sambil pegang motosikal

4. Adjust sampai dua2 kaki double stand cecah lantai

5. Pijak double stand dgn kuat sambil arahkan motor untuk ke atas(tak perlu angkat motor tu guna tangan)

 CARA BUKA SEAT HONDA VARIO 160

1. Aktifkan remote(lampu hijau)

2. Tekan butang pulas sehingga ada lampu kunci

3. Pulas ke posisi seat

4. Tekan butang seat di sebelahnya.

CARA TUTUP SEAT HONDA VARIO 160

1. Arahkan seat di posisi asal

2. Tekan pada penghujung seat (boleh rasa keras sikit bahagian tu)

Cara disable auto off enjin apabila berhenti.

1. Tekan butang di sebelah kanan atas butang starter.

CARA PERIKSA LABEL MINYAK ENGINE HONDA VARIO 160

1. Start motor dan panaskan enjin utk beberapa minit

2. Tutup engine motor

3. Pulas dipstick skru dan periksa level mingak enjin (lokasi di sebelah kanan bawah motosikal)

CARA KUNCI DAN BUKA KUNCI HANDLEBAR HONDA VARIO 160

1. Pusing handlebar ke arah kiri sehingga habis

2. Pastikan remote pada lampu hijau

3. Tekan suis pulas

4. Pusing suis pulas ke posisi lock sambil tekan suis tu(jangan lepas)

5. Untuk buka semula, sama step cuma pulas suis pulas sambil tekan, ke arah off/seat/on.

 SUMBER: Aizad Aziddin

Catat Ulasan

0 Ulasan