Cara Bela Dan Breed Ikan Betta Ocellata - Kebanggaan Sabah Betta Ni!

 Min tertarik dengan perkongsian cara Bela Dan Breed Ikan Betta Ocellata, tak sangka pula Besar Gila Betta Ni!

Cara ni dikongsikan di Facebook oleh Ajams Aqua.Ikuti lebih lanjut.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.

Unimaculata Complex
Betta ocellata
 
 
Sejenis ikan pelaga liar bersaiz gergasi yang mendiami habitat kawasan air yang bersuhu antara 23-28 dan berPH rendah antara 5.5-7.0
 
Ikan ini terdapat dibanyak kawasan anak sungai di negeri Sabah. Ikan ini mempunyai tarikan dengan sisik khas dibahagian kepala, khususnya pada atas mata dan dibawah mulut. 
 
Ada juga sisik yang menyeluruhi badan ikan secara penuh kecuali bahagian atas kepala. Ocellata ini juga banyak terdapat di Kalimantan Indonesia. 
 
Saya difahamkan bahawa Saiz ikan ini boleh mencapai 14cm bahkan ada yang kata 16cm.
 
Mouthbrooder Fish
 
Ocellata membiak bukan dengan pembuatan buih2 oleh induk jantan seperti ikan laga biasa. Akan tetapi ikan pelaga asli ini membiak dengan cara belitan cinta antara pasangan Jantan dan Betina diikuti dengan Induk Jantan mengutip telur dan kemudian mengemam/mengeram didalam mulut selama tempoh kurang lebih 2minggu ke 3minggu. 
 
Pengalaman saya, Ikan jenis ini agak unik dibiakkan dalam tangki dirumah, mereka memilih pasangan mereka sehingga betul2 serasi, selagi belum serasi mereka akan menganggap pasangan yang dipasangkan kepada mereka sebagai Pesaing. 
 
Ya pesaing, sebab itu apabila pair belum pairing agak mencabar untuk dipairingkan. Akan tetapi sebaik sahaja ikan selesai pairing, maka setiap 2minggu pasti akan membiak, dan jarak antara spawn pertama dan kedua seminima 2-3hari sahaja, maknanya sebulan dah dapat 2 spawn.
 
Ikan ini dibiakkan dengan suasana persekitaran sejuk dan bersuhu stabil, pengalaman saya suhu stabil antara 23-28celcius. Akibat gangguan suhu semasa mood breeding boleh menyebabkan Induk menelan telur. 
 

 
Jika berlaku maka ia dinamakan gagal membiak, dan masa yang diperlukan kembali untuk induk2 membuat belitan cinta mungkin memakan masa yang lama akibat kegagalan pertama.
 
Rekod pembiakan lepas, adalah 244 rega fry dimuntahkan oleh Induk bersaiz 12c.
 
Ikan ini memiliki pelbagai variasi, ada yang jumpa badan merah kemerahan, ada yang kuning kekuningan dan ada yang gelap. Setakat yang dilihat, semakin banyak sisik berwarna maka akan semakin cantik, dan tentu sekali semakin mahal
😁
Fry atau anak2 ikan ini apabila sudah dimuntahkan oleh induk atau dengan cara memaksa Induk muntahkan fry boleh terus makan dan berenang, diet yang sesuau tentulah dengan kutu air, dapnia, moina, seamonkey dan bbs. 
 
Ikan yang sudah dalam pembiakan tangki mudah dijaga apabila mereka bersaiz 2cm keatas, kerana pada ketika itu fry dah mula stabil dan adaptasi. bahkan sekadar air yang sudah dinyah klorin pun sihat sahaja tanpa tambahan ketapang dan lain2.
 
Selingan gambar adalah ocellata cf kalaputa

 

Catat Ulasan

0 Ulasan