REVIEW PROTON X50 VERSI STANDARD VS EXECUTIVE
Overall luaran masih cantik masih gah. cuma tiada lampu Fog Lamp.
Bagi pandangan saya ade takpe, takde pun takpe.
Yang penting bila nak belok sila bagi lampu signal yer.
Dalaman bahagian depan.
Apabila masuk pegang je steering tak rasa macam tengah pegang steering kereta yang berada dikelasnya yang tersendiri. Rasa macam pegang steering Persona pun ade 😅.
Seat fabric baik seat pemandu dan seat penumpang hadapan rase kurang menyengat ntah la rasa macam tak selesa jika dibandingkan dengan versi Executive. Even bucket seat rasa macam memeluk badan kita, tapi comfort memang jauh beza dengan seat leather.
Seat belakang tiada arm rest dibahagian tengah.
Ini saya nak puji, saya rasa selesa sedikit duduk seat fabric dibahagian tengah berbanding seat leather.
Mungkin sebab tiada arm rest sebab tu rase selesa.
Dari segi bau.. ermm saya kurang berkenan bau dalaman kereta versi Standard rase macam bau kereta Saga. Jauh beza dengan bau versi Executive.
Saya beranggapan jenis seat ni memainkan peranan penting untuk bau.
Pandangan peribadi saya untuk upgrade standard ke executive sangat sangat berbaloi. Terutama bahagian keselesaan seat dan steering.

REVIEW SELEPAS 1 BULAN + MILEAGE 5420KM OLEH CHIONG CSENGVariant STD.
Off cctv selepas 2 tahun.
Disebabkan ini SUV, jgn harap minyak jimat mcm sedan. Untuk memastikan penjimatan maksima, sy cuba utk menahan kaki daripada menekan pedal minyak.

Kerteh-KL-Sitiawan (540km) berbaki 1 bar (84km )
Total anggaran boleh pergi 540+84 =624km/ 45L
Dibundarkan jadi 14km/L . Jimat juga kan.

Mode pemanduan:
80% hi way (Auto cruise On/Off)
Speed 90km/j - 120km/j

10% city driving
10% jalan biasa.
Selain tu lepas 1bulan , saya baru tahu amrest tu boleh slide ke depan/ kebelakang. Itu pon tak sengaja tertolak

.

Perkara yg x best pada variant STD.
- Takda front parking sensor.
- Side mirror kena lipat pakai tangan.
- Takda center arm rest utk seat belakang.
REVIEW PROTON X50 SELEPAS 2 TAHUN PENGGUNAAN DAN MILEAGE 60,000 KM OLEH ZAHIER AIMAN
Alhamdulillah so far takda major problem berkaitan engine cuma ada dua problem yang dah diselesaikan oleh Proton Service Center (SC) dengan pantas.
Masalah pertama disc brake bengkok sebab banyak masuk lubang jalan grik-kelantan berlubang2. Bila brake pada kelajuan 50 KM/H keatas steering akan bergegar. Memang rasa tak selesa and tak confident bila brake.
Bila pergi SC diorang buat checking and memang ada
bengkok sikit, SC cakap kalau skim disc pun nanti jadi balik, better tukar baru.
SC terus order disc baru and dalam masa seminggu disc sampai dan terus tukar (under warranty). Settle masalah disc bengkok dan steering bergegar bila brake.
Masalah kedua, mounting gearbox ada problem. Bila kita tekan minyak akan ada bunyi krekkk krekkk krekkk dekat area dashboard.
Bila pergi checking diorang terus order mounting baru dan seminggu sampai terus pasang sekali dengan disc brake baru tadi (under warranty).
Settle masalah mounting dan bunyi krekk krekk krekk pun hilang. Berdoa moga takda la major problem yang melibatkan engine or suspension yang boleh buat kereta tersadai sebab takdak replacement stock.
Hari ni masuk service untuk mileage 60,000 KM. Kalau orang tanya recommend ke tak untuk beli Proton X50 ? Aku masih akan cakap memang recommend and berbaloi untuk dibeli.
Masalah-masalah sikit tu biasa sebab barang memang ada wear and tear. Dua tahun penggunaan yang happy dan exciting setiap kali memandu tambah-tambah lepas update
Atlas and sideload apps dari XEON (Tqsm Xeon). Enjoy driving sambil ditemani spotify dan interface Atlas yang more better dari GKUI. sekian

0 Ulasan