Google Pixel 7 Malaysia - Ulasan Kelebihan Kekurangan Menurut Pengguna yang dah pun guna phone ni. Min kongsikan pendapat diorang dibawah ni.
Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.
Review ini merupakan pengalaman sebenar saudara Hafyzul Ariffin yang dikongsikan beliau di Facebook.
Saya order dengan Ushopus.com . Order 19 Dec 2022. Sampai 11 Jan 2023. Setahun jugaklah baru sampai.
Overall communication dengan pihak mereka tiada masalah. Cuma kotak phone hanya dibalut dengan sangat ringkas.
Agak seram jugaklah melihatnya syukurlah barang sampai tanpa sebarang masalah.
Ini adalah pixel pertama saya. Sangat teruja menunggu phone sampai seperti hendak kahwin lagi 1.
Okay ni review sepanjang beberapa hari penggunaan. Belum guna secara extreme lagi ni baru ringan-ringan je.
Yang best :
1. Pengalaman sistem operasi android asli yang sangat smooth. Tiada lag yang ketara sepanjang beberapa hari penggunaan
2. Saiz dan berat phone yang selesa dipegang. Juga selesa diletakkan di dalam poket seluar
3. Kualiti dan rekabentuk yang tiada tolok bandingnya. Terasa seperti orang kaya ketika memegangnya
Yang tak best sangat :
1. Fingerprint yang kurang sensitif. Selalu terjadi berapa kali scan baru dapat. Oneplus 8T jauh lebih zasss.
2. Kelajuan pengecasan 20w yang perlahan ya amat. Ambil masa sejam setengah baru full. Oneplus 8T jauh lebih pantas.
3. Kapasiti bateri yang agak rendah. Cas penuh 10 pagi. 5 petang dah 38%.
4. Okay ni paling menjengkelkan. Wifi 5ghz dia tak kesan jauh. Bila jauh sikit je dah hilang terus. Terpaksa berhubung dengan wifi 2.4ghz. Saya bandingkan dengan Oneplus 8T dalam jarak yang sama.
5. Kamera utama memang hebat tidak dinafikan. Tapi kamera selfie iphone 14 pro orang rumah lagi nampak cantik di mata saya.
Setakat ini sahaja ulasan ringkas saya mengenai Google Pixel 7. Secara keseluruhan phone ni memang pilihan android yang hampir sempurna dari segi sistem operasi namun dari segi hardware agak terkebelakang berbanding phone-phone China yang lain.
Masalah dengan phone China pula hardware terlampau hebat tapi sistem operasi mereka banyak perkakas rintang (bloatware).
Tiada phone yang sempurna ya tuan-tuan. Kita je yang perlu pilih ikut penggunaan masing-masing.
Secara rasminya #teampixel
0 Ulasan