Review Google Pixel 6 Pro - Kelebihan Kekurangan Menurut Pengguna

Review Google Pixel 6 Pro - Kelebihan Kekurangan Menurut Pengguna. Bagi yang mencari Pixel 6 Pro di Malaysia, ini review yang min kumpulkan dari pengguna sebenar di Facebook.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.

Review pixel 6 Pro ini dikongsikan oleh Abdul Wafi Abd Majid yang merupakan pengalaman sebenar beliau.


Pixel 6 Pro (US Version/ Used) - Day1
 
1. First impression.
 
- selepas a few issues yg melanda pixel yg lepas, sy agak terkejut dgn prestasi p6p secara keseluruhan.
 
- agak lancar.
 
2. Fixed issue yg lepas?
 
- pada sy, yes.
 
- byk youtuber dh ulas pasal ini, sy memang sgt ikuti rapat berkenaan isu2 awalan p6 series dan sy juga lantang mengkritik model ini masa awal pelancarannya; tapi skrg, sy agak kagum dgn perubahan yg Google berikan.
 
3. Fingerprint scanner.
 
- bukan yg terpantas, tp bukan juga yg terlembab.
 
- jika anda dari varian samsung galaxy flagships mcm s21u, s22u dan s23u; anda akan mendapati teknologi yg ada pada samsung sgt jauh ke depan bab fingerprint scanner banding pixel 6 series n mgkin dgn 7 series pun.
 
- namun ia satu yg sgt boleh diterima oleh sy. Nak unlocked phone dgn pantas milisaat lebih laju; sbg normal user, xda rasa ketara sgt.
 
4. Kamera.
 
- ini hari pertama sy.
 
- sy sblm ni dgn pixel 5, 3xl, 2xl. Hasil yg dibawakan oleh pixel sebelumnya di bawa kepada series 6 dan seterusnya (makna kata, mmg lawa la kualiti gambarnya)
 
- maka sy boleh katakan, segala yg anda harapkan bermula dari siri pixel sebelumnya masih ada genetiknya pada siri yg terkini. Malah fungsi2 yg ditambah baik Google memberi nilai tambah pada pixel 6p yg ada di tangan sy ini.
 
5. Panas tak?
 
- ye… panas. Sebab first setup. Tu yg saya letak ada gambar mengipas pixel. Mmg tengah sejukkan pixel sy.
 
- difahami apabila setting phone awal akan menyebabkan phone bekerja sgt keras, especially, utk pengguna yg mmg carry Android dgn penggunaan heavy dari sebelumnya. So bila recovery dan setting up lain tu akan amik masa dan data yg besar. (Sy dgn unifi rumah).
 
- utk panas ni, perlu monitor seminggu dua. sistem pada phone akan familiarkan dgn penggunaan apps dan optimisekan OS, firmware dan hardware yg ada utk mendapatkan penggunaan bateri yg lebih stabil. > cuma pada masa itu barulah sesuai nk sentuh bab panas.
 
6. VOLTE dapat tak? Serius ke dapat, ada org cakap tak dapat?
 
- 1st masuk sim; TAK DAPAT > sebab masih dalam android 12 (keluar kotak).
 
 - next, update android 13 >>> VOLTE ✅.
 
- telco > MAXIS ✅.
 
7. Beli used; import set. Ok ke?
 
- depends, OK pada kamu tu, kamu nak mcm mana?
 
- adakah nak kosmetik cantik saja? Dalaman tak kisah barai? Atau luar dlm cantik?
 
- sbg pengguna biasa, of coz la nak luar dlm cantik, xda calar… > tapi used phone tetap used walau dari mana ia datang.
 
- ia sgt bergantung pada user sebelumnya.
 
- seller akan cuba membuat inspection sebanyak yg mungkin, dan mostly pada visual inspection, seller bole kategorikan used phone yg dorg nak jual dari kesan calar (kosmetik), hardware atau software defect, simlocked telco dan lain2 faktor yg membolehkan seller menentukan nilai phone yg mereka mahu jual.
 
- utk sy, seller mmg dh bg ketetapan keadaan phone yg dijual, dan beliau juga mengiklan keadaan phone yg dijual. So dpt phone xperlu cek byk 😅
 
8. Nak beli baru ke used?
 
- juga pada sy, soalan tepatnya adalah, poket anda mampu yg mana?
 
- jika pada saat ini, anda mampu yg baru, yg lagi latest> teruskan. Takda sapa akan salahkan anda.
 
9. Waranti baru ke used?
 
- jika anda pilih baru, waranti di Malaysia bukanlah sepertimana yg ditawarkan oleh official reseller brand2 lain (Samsung, Oppo, Xiaomi, Apple, dll).
 
Ia sgt bergantung pada seller. Setiap seller tawarkan versi tanggungan waranti berbeza2. Anda survey n pilihlah yg terbaik.
 
Anda punyai pilihan dan admin grup ini sangat menapis seller2 yg ada dalam ni. Jika anda tak yakin, boleh tanyakan pada Admin. Admin pun ada dikalangan seller; jadi nasihat mereka ni bole dijadikan rujukan.
 
- warranty used/2nd; mcm mana? Bergantung juga pada seller. Mcm sy mention kt atas, seller ambil risiko ke atas setiap jualannya. Utk minimumkan risiko, setiap unit akan disaring/diperiksa/disemak kualiti, ketulenan, dan lain2 sebelum di jual. Lg cekap seller tapis produk2 sebelum dijual, lg kurang warranty claim, lg besar untung mereka.
 
Dan hakikatnya tu yg kita harapkan, betul tak? Sbg user, kita nak unit yg dapat adalah yg terbaik, dgn risiko serendah mungkin. 
 
Begitu juga seller. Pada sy ia satu situasi menang2, dgn syarat seller mainkan peranan di atas ☝️, sebelum setiap jualan unit mereka.
 
Sekali lagi, pilihan di tangan anda. Anda bole view, tengok, dan nilaikan seller2 yg ada. Rujuk pada para admin jika was2. Kalo xnak terlalu public sgt, pm je admin dan lontarkan soalan2 anda. 

Catat Ulasan

0 Ulasan