Realme 9 Pro Plus - Review Kelebihan Kekurangan Menurut Pengguna

 Realme 9 Pro Plus - Review Kelebihan Kekurangan Menurut Pengguna. Ni min kumpulkan pendapat pengguna siri Realme 9 Pro termasuk 9 Pro Plus.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai.


Realme 9 Pro 5G miliki spesifiki lebih mirip kepada Redmi Note 11 Pro 5G. Kedua-dua mereka memperagakan cip Snapdragon 695 5G. 
 
Realme 9 Pro+ ada kelebihan pada kamera, kelebihan Realme 9 Pro adalah pada paparannya.
 
Telefon ini adalah paparan 120Hz dengan sebesar 6.6” dengan resolusi FHD+. Panel paparannya mungkin daripada LCD kerana ia hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi.
 
Kamera 64MP boleh ditemukan pada telefon ini. Sensor 64MP seakan ruji pada banyak telefon Realme tahun-tahun sudah bersama-sama kamera 8MP utlralebar dan 2MP makro. 
 
Kamera selfie pula adalah yang dilengkapi sensor 16MP.
 
Bateri dengan kapasiti 5,000mAh disediakan dan untuk mengisinya, Realme memberikan teknologi pengecasan pantas DartCharge 33W.
 
Realme 9 Pro juga menggunakan kemasa belakang light shift design. 
 
Saya kurang gemar dengan kemasan sebegini kerana, walaupun ia cantik untuk dilihat di atas skrin komputer, ia tetap mudah kotor dan untuk kegunaan harian, kemasan tersebut tak praktikal.

Setelah hari ke-4 pakai 9pro+ ni.So far puas ati sebab gambar cun.
 
Gambar sushi masa makan dekat nippon sushi/lawa giler color dia.Saya perasan masa ambil gambar, AI  dia auto pergi ke food setting.
 
Gambar selfie even 16mp, tapi sangat nice. Jelas pun ok. Brightness pun tak terang sangat.
 
Sound speaker stereo dia pun puas hati.Dah tambah video test sound speaker, sedap, kalau tak pakai earphone.Memang ok sangat melayan netflix sambil baring. Saya record sound pakai smartphone Oppo R9s lama sy.
 
Saya guna Realme 9 Pro+. Untuk kerja, game MLBB dan socmed, bateri okay takde hal. Cas pun pantas menyerap tenaga.😁. 4500mah kot. Daily work. 9-6 tak habis lagi bateri.
 
Jangan pandang rendah ketahanan Realme 9 Pro+. Memang tahan, malah stabil dan photography pun cantik.Charger pun laju.
 
Sy guna Realme 9 Pro+ setakat ni sangat puas hati
 
Ok sangat Realme 9 Pro+ ni,setakat socmed boleh tahan 1 hari tanpa main game.Dah 4 bulan guna memang mantap.
 
Dari Narzo 20 Pro ke Realme 9 Pro Plus. 4 hari guna ni ok lah.Cuma ada beberapa perkara yang tak puas hati.
 
1. Dagu tebal (tak expect tebal sangat ingatkn lebih kurang 7pro je)
2. Video recording kurang memuaskan
 
Cerita pasal video recording, penstabilan cuma support pada 1080p30 sahaja. 1080p60 & 4k tak support.
 
Dan bila record dalam resolusi 4k, tak tau la kenapa video jadi vibrance gila.. Pekat ya amat color dia.. Kalau record dalam mode UW pulak out terus
😅
Itu saja lah kekurangan rasanya.Kalau untuk gaming tu rasanya ok. Tak test sebab dah pencen game-game ni.
 
Untuk harga pulak, rm1599 tu rasanya berbaloi lagi GT Master Edition.
 
Bagi saya. walaupun harga hampir sama kalau dari segi camera dan spec, tapi Realme 9 Pro+ lebih jauh power dari Samsung A32.
 
Realme 9 Pro+ memang battery efficient sebab chipset midrange, cuma tak best pakai untuk multitask berat² la.So aku prefer lagi GT 2 Pro. Battery habis boleh cas, kalau fon semput? Nak fix pakai apa kan?
 
Battery life nampak gaya macam Realme 9 Pro+ better sebab GT2 Pro nie powerhouse, besar processor nya maka besarlah penggunaan baterinya. Tak boleh compare dengan iPhone sebab processor pun dorang design sendiri, software pun sama.
 
For a phone yang ada stereo speaker, camera cantik dan ada earphone jack memang paling berbaloi.
 
Tak boleh belah la dagu Realme 9 Pro+ yang tebal. Dia bagi kamera flagship tapi macam-macam dia cut. Dagu tebal, refresh rate cuma 90hz, charge 60w je, screen 6.4, ufs 2.2 je, processoe Mediatek Dimensity 920.
 
Smartphone ni memang mantap, tang camera memang power cukup rasa.Even Redmi Note 11 Pro Plus 5G pun tak boleh challenge dengan kamera Realme 9 Pro+ ni.Memang terbaik.
 
Smartphone ni cuma 1 je masala,  dagu tu next time hopefully nipiskan sikit.Apa-apa pun tetap terbaik.
 
Kamera lawa, 8+256gb, lebih ringan, support PUBG Extreme, 60fps 1080, 40 minit dah penuh battery.
 
Untuk heavy user, bateri  tak berapa tahan.Fast charging dia membantu sangat.Tapi kalau jenis kerja luar, memang kurang sesuai.
 
Kamera tak boleh dinafikan, boleh tahan cantik.Video pun cantik.
 
Dari segi bateri pula rasa macam cepat drain.Saya bukan gamers.Ada beberapa function atau apps yang perlu adjust lagi

Catat Ulasan

0 Ulasan