Persoalan mengenai smartphone android terbaik ni antara persoalan paling susah untuk dijawab.Google Pixel memang banyak kelebihan tetapi tiada Google Pixel di Malaysia secara rasmi.
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Perkongsian saudara Suhaimi mengenai mengapa beliau putuskan untuk pilih Google Pixel agak menarik untuk dikongsikan.Ikuti dibawah.
Ramai newbie yang nak pakai pixel akan tanya soalan yang common, antaranya:
1. Bateri tahan berapa lama?
2. Cas laju ke tak?
3. Boleh main game tak?
Tak dinafikan, antara sebab seseorang membeli peranti telefon pintar adalah salah satu daripada perkara di atas. Peranti dengan ciri² yang boleh dapat ketiga² perkara tu bersama, akan menjadi nilai tambah kepada peranti tersebut.
Saya mula menggunakan peranti Google Pixel pada tahun 2020. Ketika itu, saya hanya membeli Pixel 2XL, sebuah peranti yang dikeluarkan pada tahun 2017.
Bermakna ketika saya membelinya, usia peranti saya sudah pun berusia 3 tahun. Sebelum tahun 2020, saya hanya menggunakan peranti android biasa. Honor, Huawei, Xiaomi. Kebanyakkannya adalah peranti secondhand.
Minggu pertama saya menggunakan Pixel 2XL, saya memang terus jatuh cinta dengan Ecosystem Stock Android dan hasil gambar yang cantik. Saya memang suka mengambil gambar. Tahun 2011 biasa membawa DSLR ke mana-mana sahaja.
Sehingga awal tahun ini, saya berkira-kira untuk menukar peranti saya. Antara sebabnya adalah Pixel 2XL saya sudah terlalu berusia, android versi 11, ada sedikit lagging dan power button sudah 80% tak berfungsi.
Pada awalnya, saya dah mula survey peranti daripada OnePlus. Saya kira, OnePlus antara peranti yang boleh beri kepuasan saya mengambil gambar yang hampir sama dengan Google Pixel, dengan lens daripada Hasselblad yang memang power tu.
Juga kurangnya bloatware pada OnePlus berbanding Samsung, Xiaomi dan lain². Pada OnePlus juga, saya inginkan RAM dan storage yang besar.
Tapi akhirnya, saya tak boleh move on dengan peranti Google ini. Saya persetankan mainan perasaan saya berkenaan "Fast Charging" pada peranti OnePlus. haha...
Jadi sekarang saya berbahagia dengan peranti Google Pixel 6a saya. Sebenarnya saya pun dah terbiasa dengan selalu mengecas peranti telefon pintar ni kerana saya tidak pernah membeli peranti baru semenjak tahun 2015.
Semuanya secondhand sahaja. So ok la kan.
Jadi apa yang saya suka pada Google Pixel?
Dua sebab.
1. Kamera Point n Shoot. Maksudnya, nak ambik gambar, point pada subjek, klik, dan nahh, hasil gambarnya sedap mata memandang.
2. Stock Android sangat smooth. Tak risau ada apps yang tak berguna tapi tak boleh nak uninstall.
Nak main game? Game tak heavy, ok je.
Cuma kalau hardcore main game, ambiklah telefon pintar lain. Lagi senang. Takdelah nanti post dalam group ni kecam peranti Google Pixel sebab tak sesuai main game. Peace yo 😎
0 Ulasan