Min tertarik baca perkongsian mengenai kelebihan Samsung Galaxy S23 Ultra yang tunjuk harga S23 Ultra di Malaysia agak berbaloi dengan kelebihan yang agak banyak.
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Perkongsian dibawah dikongsikan oleh saudara Sedi di Facebook, jom ikuti.
Samsung Galaxy S23 Ultra Malaysia
Sebelum ni,admin ada membuat 1 post berkenaan S22 Ultra VS S23 Ultra.
Jadi,elok kiranya admin menceritakan berkaitan perkara² positif yang ada pada S23 Ultra ni pulak...
1. Kamera 200MP
Setelah admin menggunakan sendiri S23 Ultra nie,ternyata hasil gambar memang sangat baik jika dibandingkan dengan S22 Ultra.
Namun,tidak dinafikan juga hasil gambar daripada 108MP milik S22 Ultra tidak kalah telak. Hasil bokeh gambar S23 Ultra juga sangat cemerlang kerana berjaya mengesan objek dengan latar belakang dengan sangat baik.
2. Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy
Ternyata CPU Snapdragon 8gen 2 For Galaxy ini sangat berkuasa kerana berjaya membuka aplikasi dengan sangat lancar tanpa ada sela masa yang ketara.
Kehebatan SD 8gen 2 ini juga jelas dilihat apabila berjaya memainkan aplikasi GAMING dengan sangat lancar tanpa ada rasa hangat yang ketara pada peranti S23 Ultra ini.
3. Bateri 5000mah
Semua sedia maklum bahawa kapasiti bateri S23 Ultra adalah 5000mah dan kapasiti ini adalah sama seperti S22 Ultra tahun lepas.
Ketahanan bateri pada S23 Ultra ini sangat baik dan jauh lebih baik daripada ketahanan bateri yang ada pada S22 Ultra terdahulu.
Setakat penggunaan admin, SOT yang ada pada S23 Ultra bole mencecah sehingga 8-9 jam penggunaan dan berjaya menyaingi ketahanan bateri yang ada pada seteru utama iaitu iPhone 14 Pro Max.
Ketahanan bateri ini dibantu oleh CPU terbaru yang sangat cekap tenaga.
4. Lain-lain @ Extra
- Kepantasan dan kelancaran S23 Ultra ini juga dipacu dengan teknologi storan terbaru UFS 4.0 dan penggunaan teknologi RAM yang terbaru iaitu LPDDR5X.
Ternyata gabungan 2 teknologi terbaru ini betul-betul memberi kesan yang sangat positif kepada kelancaran dan kepantasan operasi S23 Ultra ini.
Sekian review daripada D'Crunch Gadget by Sedi Crunch ...
p/s : berbaloi untuk upgrade ke tidak???tepuk dada,tanya poket...kalau mampu,apa salahnya...gituuuu....
Itu yang dikongsikan oleh beliau, jadi apa pendapat korang? Berbaloi?
0 Ulasan