Samsung Galaxy S23 Ultra vs Galaxy S22 Ultra - Beza Banyak Ke? Pengguna Malaysia yang nak tahu apa kelebihan kekurangan antara dua smartphone paling power ni boleh ikuti perkongsian dibawah.
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Perkongsian best ni dikongsi oleh saudara Sedi yang nice untuk dijadikan panduan kita dalam memilih antara Samsung Galaxy S23 Ultra vs Galaxy S22 Ultra.
SAMSUNG GALAXY S22 ULTRA vs SAMSUNG GALAXY S23 ULTRA
Pada pendapat DCG, admin agak sedikit "kecewa" dengan pelancaran S23U ni.Kenapa?
Sebab "upgrade" yang dilakukan oleh Samsung agak minimum.
Apa "upgrade" yang minimum tu???meh admin cerita sikit...
1. Body @ Chasis yang hampir sama
Kalau dilihat daripada mata kasar seperti di bawah,memang seolah-olah tiada sebarang perubahan pada kerangka S22U dan S23U nie, kedudukan kamera dan butang hampir sama 100% jika dilihat sekali imbas,namun admin boleh cakap 97% sama. 3% lagi apa yang berbeza?
1% berbeza pada saiz lensa kamera belakang. 1% lagi berbeza pada tahap "curve" skrin hadapan dan 1% lagi adalah perbezaan pada bingkai sisi telefon yang lebih bersegi berbanding model tahun lepas yang lebih bulat.
2. Processor Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy
Penggunaan CPU terbaru pada S23U bukanlah sesuatu yang perlu dihairankan kerana sememangnya pada setiap saban tahun,model terbaru untuk kelas "flagship" tetap akan menggunakan processor yang terbaru dan terlaju dalam kelasnya.
Namun sedikit yang boleh dibanggakan untuk model S23U adalah pengguna processor Snapdragon 8Gen 2 "For Galaxy" yang mana CPU Core Prime telah dilewah jam kepada 3.36GHz berbanding Snapdragon 8 Gen 2 yang lain iaitu cuma 3.20GHz.
3. Kamera 200MP pertama pada peranti Samsung
S23U menggunakan kamera sebesar 200MP HP2 yang terbaru daripada Samsung.Jika dibandingkan dengan S22U yang menggunakan 108MP.
Perlu di ingatkan kepada semua,saiz lensa yang besar bukanlah faktor utama kepada tahap kualiti sesuatu gambar. Sensor lebih memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu gambar yang terang dan terbaik.
Walaubagaimanapun, saiz 200MP pada S23U tetap memberi nilai tambah kepada peranti ini lebih-lebih lagi pada rakaman video yang telah ditambahbaik oleh Samsung dengan sokongan rakaman video bersaiz 8K 30FPS berbanding dengan S22U yang hanya menyokong video bersai 8K 24FPS.
Itulah sahaja "upgrade" yang ketara diantara S22U dengan S23U.Jadi ada banyak persamaan kah antara S22U dengan S23U ni???
Ya, sangat banyak persamaanya dan antaranya ialah :
1. Kapasiti bateri yang sama iaitu 5000mah
2. Fast Charging yang sama iaitu 45W
3. Saiz skrin dan tahap keterangan yang sama iaitu 6.8inch dan 1750 nits
4. Saiz RAM dan Storan yang sama iaitu 12GB + (256GB @ 512GB) S23U up to 1TB
5. Kadar segar semula yang sama iaitu 120hz
6. Wireless Charging Speed yang sama iaitu 15W
Kesimpulan yang admin boleh katakan adalah, TIDAK BERBALOI UNTUK NAIKTARAF DARIPADA S22U KEPADA S23U...
Tapi,sekiranya anda sememangnya seorang yang mengikuti arus teknologi dan mempunyai kemampuan dari segi kewangan,dipersilakan untuk memilih Samsung Galaxy S23 Ultra.
Sekian,nukilan daripada Sedi Crunch by D'Crunch Gadget ...
p/s : admin tengah berkira-kira ni nak upgrade ke tidak,sebab admin memang seorang yang gilakan teknologi,tapi dalam masa yang sama tidak mampu dari segi kewangan...
Jadi marilah kita berangan-angan...sbb berangan itu adalah PERCUMA...hahaha
0 Ulasan