Apa kelebihan dan kekurangan Google Pixel 7a dan berapa pula harga nya di Malaysia? Ikuti kupasan kami di bawah sebagai panduan anda.
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
HARGA PIXEL 7A DI MALAYSIA
Korang dah boleh beli Google Pixel 7a di Malaysia pada harga sekitar RM2300 - RM2700 bergantung kepada penjual atau kedai yang korang beli.
REVIEW PIXEL 7A SECARA RINGKAS
1. Prestasi Kurang Berbanding Pesaing
Ini benar, pada harga RM2k keatas, terlalu banyak smartphone yang lebih baik berbanding Google Pixel 7a. Agak susah untuk mengatakan smartphone merupakan satu-satunya phone terbaik dalam lingkungan harga tersebut.
Penggunaan cip pemprosesan Tensor G2 juga tidak membantu menaikkan value Pixel 7a. Smartphone yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 sebenarnya lebih baik dan berbaloi untuk dimiliki.
2. Pengecasan yang perlahan.
Ini antara kekurangan utama siri Google Pixel. Bosan bila nak kena tunggu cas penuh yang agak lama disaat smarpthone lain boleh dicas dengan cukup pantas!
Bayangkan, Google Pixel 7a hanya menyokong pengecasan 18W disaat phone lain dah pun support 80-150watt.
3. Pilihan ruang storan yang terhad dan kecil.
Google Pixel 7a hanya hadir dengan pilihan ruangan storan sebesar 128GB sahaja. Serius la Google?
4. Saiz bateri yang kecil.
Bateri Google Pixel 7a cuma 4385mAh. Agak kecil ditambah pulak dengan pengecasan yang perlahan. Selamat tinggal 7A.
5. Kamera Super PowerIni kita tak boleh nafi. Kamera Google Pixel teramat cemerlang dan tidak boleh disangkal. Setakat ini TIADA smartphone kelas pertengahan boleh lawan kamera siri pertengahan Google Pixel.
6.Sistem Operasi Stock Android.
Ini antara kelebihan utama siri Google Pixel. Ia menggunakan stock Android yang cukup clean dan minimal tanpa sebarang bloatware atau aplikasi yang kita tak guna.
Kemaskini pun laju sebab Android adalah milik Google.
7. Skrin yang cukup lawa untuk smarpthone kelas pertengahan.
Google Pixel 7A menggunakan skrin paparan OLED bersaiz 6.1 inci FHD+ 90hz. Walaupun berada dalam kelas pertengahan, skrin yang digunakan mengalahkan beberapa smartphone di dalam kelas premium yangf lain.
Jadi itu secara ringkas ulasan kelebihan dan kekurangan Google pixel 7A. Apa pendapat korang? Berbaloi atau tidak pada harga bermula RM2300?
0 Ulasan