Kelebihan Perodua Axia 2023 vs Proton Saga 2023 - Mana Lagi Best?

Mana lagi best antara Perodua Axia 2023 vs Proton Saga 2023? Apa kelebihan Axia dan apa kelebihan Proton Saga? Harga Axia dan Saga pula tak jauh beza.

Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat membantu kami.

Ikuti apa pandangan netizen di Facebook yang berkongsi pendapat mereka semua. Boleh dijadikan panduan buat korang yang tengah rancang nak beli Perodua Axia atau Proton Saga.


Pendapat Izzuddin Ishak

Kelebihan Perodua Axia 2023 

+ Jimat minyak
+ Kompak, senang nak handle kat bandar
+ Safety ADAS canggih (utk spec AV shj)
+ Sesuai sebagai kereta kedua atau kereta pertama (baru kerja, student)

 Kekurangan Perodua Axia 2023

- Harga agak keras untuk hatchback 1000 CC
- Enjin kurang sesuai untuk perjalanan jauh
- Banyak ciri-ciri best Perodua simpan untuk varian AV 

Kelebihan Proton Saga 2023 

+ Kereta sedan segak bergaya
+ Enjin lebih berkeyakinan untuk perjalanan jauh
+ Sangat sesuai jadi kereta keluarga
+ Harga sangat rahmah untuk pakej keseluruhan

Kekurangan Proton Saga 

- After sales Proton kureng berbanding Perodua

Ni pendapat den haha. Boleh je berkongsi pendapat lain kalau sy ada silap. Tapi bagi den, perbandingan antara Axia dgn Bezza lagi tepat sbb mak bapak sama, dua2 paling bongsu dlm keluarga P2 haha. My 2 sen. Harap membantu 😊


"Ali Grab - Bergantung kpd kegunaan. Pergi balik kerja jln jem dan memerlukan penjimatan myk, better axia. Tp kalau dah ada keluarga dan anak, better saga. Btw, aku ad dua2 kereta saga dgn axia. Tp axia model lama axia style."

kalau kerja tapi jalan jauh or highway, better Saga. Use kat town center, axia. Keluarga saya ada saga & new axia... Axia save minyak, tapi bising engine roaring. Tapi pickup better than Saga. Saga more stable & senyap especially at 110km/h."

"Jalan jauh mmg guna saga sbb ada anak lg, bonet besar nk letak barang byk mudah. Saga ni pickup dia lambat sikit dari gear 2 ke 3. Tp sbb guna gearbox 4at, xde beza sgt dgn kereta perodua yg dulu pun 4at gak. Beza dgn saga cvt tu, mmg bising. Yg axia baru ni guna dcvt xpernah try lg."

"Bergantung pada kegunaan bang. Kalau ada plan nak berkeluarga better saga, kalau rasa xtau bila better axia. Kalau kerja dekat2 je better axia, kalau jauh better saga. Kalau ada plan nak tukar kete in future go for axia sebab market dia still tinggi, kalau nak pakai sampai barai n xnak tukar dah melainkan keperluan mendesak, better saga."

"better amik saga ..space..daya pecutan kuat..handling bagus".

"Ambik saga, saga padu handling, sedap jalan jauh, minyak xdoklah parok mana, but besar, space dlm kete lgi besar" .

Alright, itu antara pendapat yang dikongsikan netizen dan min merasakan ada betul nya jugak apa yang dorang cakap tu.

So, apa pilihan you guys?

 


Catat Ulasan

0 Ulasan