Min tertarik dengan review H Elite Design Hotel Kota Bharu Kelantan yang dikongsikan olehWardah di Facebook.Cukup menarik dan boleh jadi panduan buat yang ingin bercuti dan sedang mencari hotel.
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Review dibawah dikongsikan oleh [nama] dan min hanya share untuk manfaat semua.Ikuti.
TRIP: KOTA BHARU KELANTANHotel : H Elite Design Hotel
Tarikh: Mei 2022 (2H 1M)
Bilik : Deluxe Quadraple Room (inc breakfast 4 person) - 2 queen beds
Harga: RM525 di apps agoda (peak season - hari raya Aidilfitri)
Lokasi: Betul2 sebelah dengan Mydin Mall Tunjong. View sawah padi.
Dekat je dengan WCY, RTC dan bandar KB.
Sebab dipilih; Balik raya sekejap.
Review H Elite Design Hotel Kota Bharu Kelantan
-Ada 2 separated rooms. Setiap bilik ada 1 queen bed (yg agak besar) Tilam bantal comfy selesa.
Salah satu bilik ada tv. Setiap bilik ada kabinet masing2.
- ada living room dengan tv jugak.
- setiap ruangan ada aircond masing2.
- standard macam biasa ada mini fridge and complimentary tea coffee.
- BATHROOM diaaaaa...wow.. ahahha. Masuk je bilik, sebelah kanan ada sinki dan bilik air.
Pintu frosted glass macam tu tolak2 takde kunci ek dan konsep open air macam tu hahahha. Kelam kabut nak mandi dengan anak2 kecik.
Yang besor kena warning jangan datang area bilik air masa turn mandi masing2😅🤣🤣 Ni jelah kot yang turn off sikit.
-Ada pool tapi ramai masa tu.
Overall bilik luas dan selesa, servis housekeeping pun cepat dan pantas. Check in dan out pun smooth je.
- bab lif ni kena hati2 sikit, alert dengan sign atas lif tu sebab ada lif yang akan pergi tingkat tertentu je.Masa mula2 cari lobi pun terconfusedðŸ¤
- breakfast: large spread. Ada menu2 tempatan macam laksa, laksam, nasi dagang, roti titab.Rasa pun ok boleh tahan.Makan pun kenyang.
-parking: ada parking terbuka luar bangunan, ada parking basement yg agk sunyi.
Overall hotel ni ok dan selesa. Nak repeat? Yes!
Hotel ni pun antara hotel yang agak baru jugak dan boleh jadi antara pilihan yang sesuai semasa ke KB. Kami prefer hotel2 yang baru2 sikit berbanding yang dah agak berusia untuk lebih keselesaan di area KB ni.
0 Ulasan