Tips Beli Kereta Second Hand Terpakai Di Malaysia

 Nak tahu tips beli kereta second hand terpakai? Ini beberapa tips lengkap berguna dari pakar yang dikongsikan oleh Iffat di Twitter nya.

Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.

Aku dah pakai 6 biji used car. Ada yang bagus, ada yang teruk.

Ada yg beli direct owner, ada beli dr kedai.

So, ini ialah tips untuk korang beli used car

Nota: Jangan Percaya Cakap Owner Kereta & Salesman

RT & Start baca thread ni
Benda paling penting, jangan percaya sepenuhnya cakap owner & salesman.

"Tak pernah eksiden"
"Bukan kereta banjir"
"Kondisi perfect"

Ni semua ayat paling bahaya, so jangan percaya 100%

Pastikan anda check betul2 beberapa perkara ni sebelum beli kereta terpakai Image
1. CHECK PINTU ,BONET & MINYAK
Benda pertama kena buat ialah check semua pintu & bonet belakang.

Tak ada buat apa2, cuma perlu buka & tutup. Buat beberapa kali.

Kalau berbunyi pelik
Kalau susah buka & tutup
Maka tinggalkan kereta tu segera.

Comfirm kena baiki

Image
Image
Image
2. PEGANG STERENG
Korang masuk kereta, pegang stereng, pusing kiri sampai habis, pusing kanan sampai habis

Kalau ada bunyi kluk kluk, klak klak, maka comfirm rosak steering rack & komponen berkaitan.

Makan modal. Image
3. START YOUR ENGINE
Start engine dan lihat gegaran pada dashboard meter. Kalau bergegar, maka comfirm engine mounting kena tukar.

Makan modal juga.

Kalau tak tahu gegar or tak, ambil botol mineral kecil berisi separuh air, letak atas dashboard.

Air bergoncang, rosak la tu Image
4. TEKAN BRAKE & MASUK GEAR D

Yg ni penting, kadang2 start engine tak terasa sangat getaran.

So kena masuk gear D & tekan brake. Tengok dashboard bergegar or tak.

Same issue, engine mounting problem.
5. CARI ZEBRA LINE

Test drive kereta tu, cari jalan yang ada zebra line or crossing line.

Ada 2 cara:

Cara 1: Bawa slow je, under 50kmh melintasi zebra line.

Cara 2: Bawa laju sikit around 50-90kmh melintasi zebra line

Why?
Kalau melintasi zebra line ada bunyi KUK KUK KUK, KAK KAK KAK

Maka undercarriage problem. Lower arm, drive shaft dan absorber kena tukar.

Lagi la makan modal. Ni comfirm owner tak pernah tukar lagi.
6. SPEEDING 80-100KMH

Kalau masa speeding ada gegaran pada stereng, maka ada problem pada absorber, shaft or rim.

Gegaran akan berlaku pada 80-90kmh, lepas 100kmh akan hilang

So, benda makan modal juga ni pun. Hati2 la kalau nak beli
7. CHECK LEAKING

Yang ni leceh sket, kena tunduk bawah untuk tengok leaking. Tengok dalam enjin.

Sebaiknya bawa la sorang kawan yang mahir bab engine ni utk tgk leaking Image
8. CHECK AIRCOND

Buka aircond pada kadar minimum. Takat 1, suhu 20 celcius.

Tunggu 5 minit. Tengok sejuk or tak

Kemudian naikkan 1 takat lagi & tunggu 5 minit.

Ulang sampai habis full takat. Kemudian turunkan suhu pula sampai level LO.

Kalau semua sejuk, maka cun la tu Image
Cukup la buat yang ni dulu. Semua ni penting sebab memang makan modal nak baiki

Makin kurang problem, makin jimat kos utk baiki

Makin banyak problem, boleh minta less harga lagi 😅

Pengalaman aku dengan kereta terpakai ni mmg banyak tapi aku tak pernah serik beli used car

Sebab ianya lebih jimat berbanding beli baru.

Nanti aku share lagi tips untuk dapat kereta kondisi superb dgn harga jimat banyak dari market

Make sure RT dulu supaya ramai dpt belajar

Catat Ulasan

0 Ulasan