Min tertarik dengan perkongsian dari MedTweetMy ini mengenai senarai ujian jantung untuk check jantung kita bermasalah atau tidak.
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Memandangkan ini sesuatu yang sangat baik, jadi min kongsikan kepada anda.Berikut ialah 5 ujian jantung yang anda boleh lakukan di Hospital.
Kesihatan jantung dalam rakyat Malaysia adalah sesuatu yang membimbang kan.Penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia.
Berikut kami senarai kan beberapa ujian jantung yang boleh di lakukan untuk memeriksa kondisi jantung.
1.Electrocardiogram (ECG)
Ujian ini boleh di dapati di kebanyakan klinik swasta, hospital swasta, dan pusat pakar jantung. Boleh memberi maklumat berkaitan penyakit jantung koronari dengan specificity ~70%
2.Exercise Stress Test (EST)
Ujian treadmill untuk menguji ketahanan jantung. EST yang positive :
-Simptom sakit dada, susah nafas ketika ujian
- Perubahan bacaan ECG ketika ujian
Itu adalah tanda seseorang menghidap penyakit jantung koronari.
3. Echocardiogram
Ujian ultrasound scan jantung , maklumat yang dapat dilihat dari echocardiogram ialah:
- kekuatan pump jantung
- keadaan dinding jantung
- injap jantung
- selaput keliling jantung
- darah beku, ketulan tisu tidak normal.
4. CT Calcium scoring / Coronary Artery (CTCA)
Ujian alternatif untuk EST. Lebih sensitif dan spesifik untuk men-diagnosis penyakit jantung koronari.
Maklumat yang di beri kan boleh membantu doktor membuat keputusan sama ada pesakit memerlukan angiogram atau tidak.
5. Invasive coronary angiogram (ICA)
Diagnostic and therapeutic test. ECG, EST, CTCA yang positif, kebiasaan doktor akan proceed dengan ICA. Dalam kes risiko tinggi atau urgent disebabkan serangan jantung, angiogram boleh dilaku kan terus untuk menyelamatkan nyawa.
Ujian di atas boleh di dapati di hospital kerajaan / hospital swasta dengan doktor pakar jantung. Hospital kerajaan, kami akan buat saringan untuk pesakit yang memerlu kan.Hospital swasta, boleh dapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar jantung untuk ujian yang sesuai.
Sumber: MedTweetMy
0 Ulasan