Kelebihan Honda Vario 125 - Apa Kata Pengguna?

Honda Vario 125 telah pun memasuki pasaran Malaysia beberapa bulan yang lalu.Apa kelebihan skuter Honda kali ini atau terlalu banyak isu dan masalah?

Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.

Min kongsikan pendapat pengguna mengenai review Honda Vario 125 yang dikongsikan Hafiz Zainuddin di Facebook.

Overall Kelebihan Honda Vario 125 

Overall pakai oklah dekat 2 bulan dah usianya.Mileage 1,800km.

Setakat bawa 80-100 sedaplah, sesuai dengan harga dan cc nya.Kalau jiwa kelajuan memang tak sesuai.
.
Beli sebab ulang alik kerja & hantor ambil anak sekolah.Tak larat dah ulang alik naik kereta.
Jarak perjalanan ke tempat kerja 19km jer.Tapi kalau Naik kereta paling cepat 1 jam 45 minit.

Naik motor tak sampai 35 minit.Taman Jasa Utama (Batu Caves) ke Bukit Kiara (KL).

Memang sesuai sangatlah untuk jalan bandor ni.

Kekurangan Honda Vario 125


Kalau highway tak sesuai sangatlah.Especially long distance.Enjin pon cepat jahanam nanti kalau hari2 pepah long distance tue.
.
Berat motor dengan owner dekat2 je.Owner 101kg.Motor tak silap 112kg.Oklah tue kan 😆😆😆…
.
Lepas tambah seat kecik depan tue senang sikit bawak anak kecik.Kalau tak bahaya jugak.Mana nak brek mana nak pegang anak…
.
1 je tak puas hati.Disc brake kecik sangat, Payah betul nak berhenti.

Dah mintak pomen carikan disc besor sikit.Minggu depan gaji boleh pasang 🫣🫣🫣

Oh ye. Lagi 1 bunyi coverset kat depan tue annoying gile.haritu ade kabor dalam group ni puncanya dari bracket lampu depan tue.

Nak bukak2 maleh betoi bior jelah bunyi tue 😆😆😆

Catat Ulasan

0 Ulasan