Review Kelebihan Yamaha XMAX 250 V1 - Apa Kata Rider?

Review Kelebihan Yamaha XMAX 250 V1 yang dikongsikan oleh En Nadzir ni sangat menarik dan boleh dijadikan rujukan in case korang nak sambar sebiji.

Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.

YAMAHA XMAX REVIEW: RIDE JITRA - JB


Saya review sikit perjalanan saya semalam dari Jitra ke Johor Bahru dengan scooter maxi XMax 250.
Sebenarnya, saya kerap ride  Jitra-JB utk jumpa cucu 😊

Sebelum ini dengan Yamaha FZ 150i dan Kawasaki  Z250 SL. Beberapa kali juga ride solo pusing Malaya dgn kedua-dua jentera itu. 

Paling jauh saya pernah ride menggunakan FZ150  ke Chiang Rai, Thailand (bantuan sumbangan utk sebuah pusat muallaf) dan singgah di Vientiane, Laos (bantuan sumbangan utk masjid Champa). 

Saya juga masih mempunyai scooter SYM VTS 200 yg  pernah saya guna utk  ride ke Ranong, Thailand dlm perjalanan ke Selatan Myanmar utk laksana ibadah Qurban 3 tahun lepas. 

Saya juga masih memiliki scooter Nmax  yg sgt2 santai itu. 

Dari muda hingga kini mencecah usia 59, saya memang suka bermotosikal biar panas, biar hujan. Jadi tak hairanlah saya kerap bertukar motosikal. 😅  

Utk tujuan review Yamaha XMax semalam, saya hanya ingin menyentuh 2 aspek iaitu  Traction Control System (TCS) dan penggunaan bahan api. Abaikan keselesaan kerana semua  dah tahu itu 😅

1. TRACTION CONTROL SYSTEM (TCS)

Semalam ketika sudah hampir sampai ke destinasi, tayar depan  tergelincir sedikit ketika mengambil selekoh berpasir. Tapi tayar belakang secara automatic menstabilkan keadaan dan motor tidak tumbang. 

Dulu ketika menunggang SYM250, saya  jatuh terus bila  membelok di atas jalan berpasir. Begitu juga pernah jatuh atas jalan berpasir di Golden Triangle, Chiang Rai, Thailand   ketika menunggang FZ. 

Gelinciran dgn XMax ini mungkin berkurang kerana ia dilengkapi Traction Control System (TCS) yg mengawal pendikit dan roda belakang.

Sistem TCS XMac  ini juga berfungsi baik ketika tayar  pancit. Ini berlaku pada saya  sewaktu pulang dari KL beberapa minggu lepas. 

Tayar belakang pancit sebelum susur keluar Lembah Beringin di Lebuhraya Utara-Selatan. Sistem TCS telah  memperlahan dan mengimbang motosikal ketika saya tak sedar tayar sudah kempis. 

2. PENGGUNAAN BAHAN API:

Sepanjang 803km perjalanan, skuter maxi ini menggunakan hanya 29 liter bahan api RON 95 @RM59 (berdasarkan harga semasa iaitu RM2.06/liter).

Dgn keberatan saya dan isteri sekitar 130kg, ianya sgt menjimatkan. 

Bermakna dengan 1 tangki penuh (13 liter) dan dengan purata kelajuan 120km/jam, XMax ini boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 360km. Berbaloi sangat❗

Ini tidak menghairankan kerana XMax 250 direka  menggunakan teknologi enjin Blue-Core 4 injap. 

Jadi selain menghasilkan tenaga tinggi ia  ternyata sangat  menjimatkan bahan api. 

Jika saya salah dalam review ini, harap maaf. Saya sekadar berkongsi.. 

RUGI MEMBELI, UNTUNG MEMAKAI
TAK LAJU LARI, TAPI SAMPAI😍

Catat Ulasan

0 Ulasan