Pixel 8 Pro akan diperkenalkan sekitar Oktober depan, malangnya ia tak pernah dijual secara rasmi di Malaysia.Jadi bila akan masuk Malaysia dan berapa harga Pixel 8 Pro ini kelak?
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Sepanjang bulan ini beberapa khabar angin telah pun tersebar termasuk gambar rasmi peranti terbaru Google telah pun dikongsikan.Tiada lagi rahsia.
Banyak perkara menarik dilihat akan ada pada Pixel 8 Pro ini termasuk perubahan ketara pada spesifikasi dan reka bentuk badan smartphone tersebut.
SPESIFIKASI GOOGLE PIXEL 8 PRO
-
Display 6.70-inch (1440x3120)
-
Processor Google Tensor G3
-
Front Camera 11MP
-
Rear Camera 50MP + 64MP + 48MP
-
RAM 12GB
-
Storage 128GB, 256GB
-
OS Android 14
Memandangkan smartphone ini masih belum dilancarkan, tiada spesifikasi penuh yang dapat dikongsikan.Secara keseluruhan, Pixel 8 Pro bakal menggunakan spesifikasi yang dilihat mampu menyaingi iPhone 15 Pro Max yang akan diperkenalkan pada 15 September kelak.
Pixel 8 Pro akan menggunakan cip pemprosesan milik Google iaitu Google Tensor G3 yang dikatakan berdasarkan cip pemprosesan berkuasa terbaru Samsung iaitu Exynos 2300 3nm yang tidak diumumkan.
Kamera utama pula akan mempunyuai fungdi "staggered HDR" dimana ia akan menghasilkan gambar yang cukup baik berbanding mana-mana peranti yang ada.
HARGA PIXEL 8 PRO DI MALAYSIA
Berapa pula harga Pixel 8 Pro di Malaysia kelak? Seperti diberitahu, peranti Google Pixel tidak dijual secara rasmi oleh Google Malaysia.
Peranti yang ditawarkan di Malaysia ialah import set dari luar seperti dari Singapore yang mempunyai Google Store rasmi mereka sendiri.
Beberapa khabar angin mengatakan Google akan menaikkan harga Pixel 8 Pro untuk pasaran Eropah dan ini dijangka akan memberi kesan kepada harga jualan di Malaysia oleh penjual semula.
Harega akan diketahui hanya pada 4 Oktober iaitu selepas pelancaran Pixel 8 Pro.
BILA PIXEL 8 PRO AKAN MASUK MALAYSIA
Mengambil kira faktor tarikh pelancaran pada 4 Oktober, kebiaasaanya penjual akan terus mula menawarkan pra-tempahan.
Pixel 8 Pro berkemungkinan akan mula berada di Malaysia seawal seminggu selepasa pelancaran jika pembelian boleh terus dilakukan pada 4 Oktober kelak.
Set dari Singapore dilihat akan memasuki Malaysia lebih awal.
Akan tetapi harus diingat, ini bukan set rasmi dari Google Malaysia, jadi waranti tidak akan ditanggung oleh mereka dan perlu dihantar kepada penjual semula bagi urusan waranti.
0 Ulasan