Apakah Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA)?

Apakah Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA)? Kecoh apabila seorang ahli politik yang sedang dituduh atas kes berprofil tinggi telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah hari ini.

Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.

Ramai yang kecewa dengan keputusan tersebut.Akan tetapi, Apakah Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA)?

Min kongsikan maksudnya secara ringkas seperti yang dikongsikan oleh Pakar perundangan yang berkongsi di Twitter mereka.

Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

DS Zahid Hamidi telah dilepaskan tanpa dibebaskan untuk 47 pertuduhannya. Tapi apa maksud dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) itu?

Ianya bermaksud orang kena tuduh (OKT) memang akan dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika itu, bagaimanapun, individu itu pada bila-bila masa boleh dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan yang sama.

Terdapat pelbagai situasi yang boleh mendorong kepada keputusan DNAA termasuk isu teknikal dan ramai tidak tahu bahawa ia sebenarnya memanfaatkan kedua-dua pihak sama ada pendakwaan atau defendan.

Salah satu kes terbesar melibatkan DNAA ini adalah melibatkan bekas Perdana Menteri DS Najib Razak. Beliau menerima DNAA pada 7 Februari 2019, namun telah didakwa semula pada keesokkan harinya atas pertuduhan sama.

Di Malaysia, pelaksanaan DNAA tidak mempunyai had masa untuk individu tersebut didakwa semula atas pertuduhan sama, jadi ini membolehkan pihak berkuasa mengambil masa mereka untuk melakukan siasatan terperinci.
 
Sumber: AdvoxNext (X)

Catat Ulasan

0 Ulasan