Kelebihan iPhone 14 Pro vs Samsung Galaxy S23, rasanya ini perdebatan paling hangat diantara mana yang paling berbaloi untuk dimiliki.
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Jawapan mudah, dua-dua berbaloi, dua-duanya cukup berkuasa, cukup berkualiti dan keduanya merupakan peranti yang sangat hebat.
Jadi apa yang membezakan dan apa yang nak dibandingkan sangat?
Untuk membuat pilihan, ia bergantung kepada EKOSISTEM yang korang dah biasa guna.Kalau dah biasa dengan Apple dan menggunakan kebanyakkan produk Apple, maka jawapan nya ialah Apple 14 Pro lebih baik berbanding Samsung Galaxy S23.
Begitu juga dengan Samsung, jika sudah biasa dengan ekosistem Android dan juga Windows PC yang sangat mesra Android, maka yang terbaik ialah Samsung Galaxy S23.
Bagaimana jika anda baru nak berjinak samada Android ataupun iOS, maka boleh la diperhatikan dari segi hardware dan prestasi keduanya.
Secara ringkasnya, ini ringkasan untuk membantu korang membuat keputusan jika pening nak pilih antara keduanya.
Kelebihan Apple iPhone 14 Pro Berbanding Samsung Galaxy S23:
1. Skrin lebih sharp dan cerah dengan Dolby Vision.
2. Prestasi CPU yang lebih berkuasa.
3. Kamera lebih baik terutama gambar pada waktu malam.
4. 5 tahun kemasini software iOS.
Kelebihan Samsung Galaxy S23 Ultra vs iPhone 14 Pro
1. Body yang lebih ringan.
2. Lebih murah dan mampu milik tapi cukup berkuasa.
3. Bateri lebih baik dan tahan lama untuk panggilan telefon yang lama.
4. Gambar pada waktu siang yang lebih berbanding iPhone 14 Pro.
5. Android OSlebih mesra pengguna dan senang untuk di customize mengikut kehendak masing-masing.
0 Ulasan