Apa beza antara iPhone 15 pro dan iPhone 14 Pro?Bila Apple iPhone 15 akan masuk ke Malaysia? Berikut merupakan beberapa perbezaan yang terdapat antara keduanya.
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
Apa yang dikongsikan dibawah ini walaubagaimanapun berkemungkinan akan berubah bila siri iPhone 15 diperkenalkan kelak.
Terdapat lebih kurang 5 perbezaan awal antara iPhone 15 Pro dan iPhone 14 Pro berdasarkan khabar angin yang tersebar awal.
1. Bahagian tepi iPhone 15 Pro lebih "melengkung, bulat" berbanding iPhone 14 Pro.
2. Badan iPhone 15 Pro akan menggunakan bahan titanium yang mempuyai kesan khas "matte".
3. Kesemua mdel Pro akan mempunyai butang yang boleh di programkan dan bukan mute switch seperti kebiasaan.
4. Lensa kamera iPhone 15 Pro dijangka tidak terlalu timbul keluar disebabkan badan yang lebih tebal berbanding versi terdahulu.
5. Kesemua siri iPhone 15 akan menggunakan kabel USB Type-C berbanding lighting port pada model lama.
Dari segi reka bentuk binaan badan, tidak ada perbezaan ketara dan tidak terlalu jauh berbeza.
Apple iPhone 15 dilihat sebagai satu model yang akan ditambah baik dalam setiap aspek, kemunculan Dynamic Island pada kesemua model, kamera periscope pada iphone 15 Pro Max dilihat akan menjadikan smartphone tersebut sebagai peranti terbaik berada di pasaran kelak.
0 Ulasan