Kelebihan Pixel 8 Pro Malaysia- Spesifikasi Dan Warna Pilihan Gempak?

Jika peminat Apple sedang bergembira dengan siri iPhone 15 Pro, Pro Max mereka, peminat Android setia menanti siri Pixel 8 Pro selepas spesifikasi dan warna dikongsikan di internet.

Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.

Berikut beberapa maklumat awal yang dikongsikan mengenai smartphone terbaru Google Pixel 8 Pro.

APA SPESIFIKASI PIXEL 8 PRO?

Buat masa spesifikasi lengkap belum didedahkan, akan tetapi berdasarkan maklumat awal Google Pixel 8 Pro akan menggunakan cip pemprosesan Google Tensor G3 berasaskan cip pemprosesan 3nm Samsung.

Paparan skrin: 6.71-inch OLED display, QHD+ resolution, 120Hz refresh rate (Pixel 8 Pro), 6.17-inch display, Full HD+ resolution, 120Hz refresh rate (Pixel 8)
Chipset: Google Tensor G3 SoC

ADAKAH KAMERA PIXEL 8 PRO LEBIH BAIK BERBANDING IPHONE 15 PRO?

Pixel merupakan antara smartphone dengan kamera yang paling berkuasa dan Pixel 8 Pro dilihat bakal bersaing dan berkemungkinan mengalahkan siri iPhone 15 dari segi kualiti gambar yang lebih baik.

Google juga dijangka akan memperkenalkan beberapa fungsi editing baru yang lebih berkuasa seperti fungsi tukar wajah melalui Magic Editor dan fungsi baharu Real Tone, Night Sight, termasuk Astrophotography.

Kamera Belakang: 50MP primary camera, OIS, 48MP ultra-wide lens, 48MP telephoto camera (Pixel 8 Pro), 50MP primary camera, 12MP ultra-wide lens (Pixel 8)

Kamera Hadapan: 10.5MP

APA PILIHAN WARNA SIRI GOOGLE PIXEL 8?

Google Pixel 8 Pro akan diperkenalkan dalam 3 pilihan warna yang dipanggil Sky Blue, Porcelain, dan  Black Obsidian.

Manakala Google Pixel 8 akan hadir dalam 3 pilihan warna yang dipanggil Peony Rose, Grey dan Obsidian Black.

BERAPA BESAR RAM DAN STORAN SIRI GOOGLE PIXEL 8? 

Kesemua peranti Google Pixel 8 akan dilengkapi dengan ram sebesar 12GB ram dengan pilihan memori storan sebesar 128GB, 256GB bagi Pixel 8 dan tambahan 512GB bagi Pixel 8 Pro.

BILA PIXEL 8 PRO AKAN MASUK MALAYSIA?

Smartphone terbaru Google ini boleh mula di pra-tempah pada 5 Oktober dan akan masuk ke kedai rasmi Google pada 12 Oktober di beberapa pasaran rasmi kecuali Malaysia.

Google setakat ini tidak menawarkan Pixel secara rasmi, namun jangan risau, ramai penjual akan membawa masuk peranti tersebut terutamanya set Singapore.

BERAPA HARGA GOOGLE PIXEL 8 PRO DI MALAYSIA?

Catat Ulasan

0 Ulasan