Tahukah anda, ada beberapa ciri pada iOS iPhone yang lebih baik berbanding Android dan patut ditiru oleh pengeluar smartphone Android?
Benda baik kena share-share tau. So, jangan lupa kongsikan artikel dibawah ini dengan semua orang di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Klik je butang Share, ianya amat membantu kami.
![]() |
gambar: phonearena |
IPHONE VS ANDROID: SOKONGAN KEMASKINI SOFTWARE BERTERUSAN
Salah satu ciri pada peranti milik Apple yang tiada smartphone Android boleh kalahkan, iaitu tempoh sokongan untuk kemaskini yang cukup lama.
Bayangkan eh, iPhone yang dikeluarkan pada tahun 2018 masih boleh dikemaskini kepada iOS 17, 6 tahun sokongan kemaskini software!
Jika dilihat, pengeluar smartphone Android hanya menawarkan sokongan kemaskini perisian maksimum 3 tahun.
Jika ada yang lama pun hanyalah sokongan kemaskini perisian berasaskan sekuriti yang cukup kecil dan bukan kemaskini versi Android utama.
IPHONE VS ANDROID: ACTION BUTTON
Ini benda yang baru diperkenalkan dan rasanya pengeluar smartphone Android wajib tiru dan asah lagi fungsi yang boleh ditawarkan melalui Action button dibahagian tepi smartphone masing-masing.
Fungsi ini cukup menarik dan sangat praktikal untuk sesetengah situasi pengguna.
Jika awal dahulu, OnePlus meniru butang Mute pada iPhone walaupun tidak konsisten diperkenalkan dan jika dilihat juga, smartphone keluaran Sony turut dilengkapi dengan butangk has untuk kamera.
Alangkah bagus nya jika butang tersebut boleh diubah-ubah fungsinya melalui setting yang ringkas.
IPHONE VS ANDROID: CONTROL CENTRE IOS
Ya tidak dinafikan Android mempunyai setting Quick Toggle mereka yang boleh diubah-ubah mengikut citarasa.
Akan tetapi Control Centre iOS sebenarnya sangat menarik, praktikal (setting brightness dan volume terutamanya) dan kemas.
Beberapa pengeluar seperti MIUI dilihat cuba meniru dan hasilnya, hmm.
CIRI LAIN YANG PATUT ANDROID TIRU DARI APPLE IOS
Tiada dah sebenarnya, secara keseluruhannya, Apple iOS merupakan satu software yang membosankan dan hanya diagungkan oleh pengguna yang (malas nak sebut).
Jadi apa pendapat anda? Kongsikan di ruang komen.
0 Ulasan