Masalah & Kekurangan Pakai iPhone 15 Pro Max terutama untuk tujuan kerja. Memang banyak.
Pengalaman min menggunakan Apple iPhone 15 Pro Max selepas 3 bulan sebagai seorang content creator, membuatkan min sedar, smartphone ini overrated dalam sesetengah perkara.
Berikut merupakan isu dan kekurangan utama iPhone 15 Pro Max termasuk dengan keseluruhan lineup iPhone.
1. Pengurusan File
Cukup teruk, percayalah memang teruk sebenarnya terutama apabila korang menggunakan pelbagai jenis peranti seperti laptop windows, tablet Android dan smartphone pula iPhone.
Shoot konten guna iphone tapi perlu pindah ke laptop/pc windows? Perlu share ke smartphone Android? Goodluck dan selamat bersabar.
Antara isu paling utama ialah cubaan untuk “select” kesemua beratus-ratus gambar dan video untuk korang kongsikan ke mana-mana seringkali gagal. Tak percaya cuba buat.
2. Keyboard noob.
Serius “noob” Apple keyboard ni. Kalau korang dah biasa pakai Google keyboard, you guys akan dapat rasa betapa basic dan noob Apple keyboard.
Annoying dan slow untuk digunakan.Nasib baik ada keyboard Swiftkey Microsoft. Terubat lah sikit.
Itupun kadang force close dan Apple keyboard akan ambil alih.
3. Always on Display yang mengarut.
Bukan main terang mat AOD dia. Astaga Apple.
4. Apps Tray
Berterabur dan serabut lepastu tak boleh customize.
5. Aplikasi tak banyak
Nak dibandingkan dengan Google Play Store, level ayam je sebenarnya penawaran aplikasi di AppStore ni.
6. Aplikasi low quality
Sebenarnya banyak aplikasi famous yang poorly created nak dibandingkan dengan versi yang ada pada Android.
7. Penawaran Aplikasi yang membosankan
Sebenarnya kalau dilihat dengan teliti, aplikasi di AppStore sebenarnya membosankan tak banyak pilihan dan kurang review yang menyakinkan.
8. iCloud
Cloud storage terpaling tak function. Better korang guna Microsoft OneDrive atau Google Drive, lagi nice.
Okay itu je buat masa ni. Nantikan part kedua tentang kelebihan iPhone 15 Pro Max yang membuatkan korang rasa bahagia bila pakai.
Oh ya, kongsikan kan la pendapat korang dekat bawah tu ha.
0 Ulasan