Resipi Cara Masak Ayam Goreng Berempah Sedap Weyh Edisi 2022

 Pernah beli kan ayam berempah Malaysian style? Ini dia Resipi Cara Masak Ayam Goreng Berempah Sedap Weyh Edisi 2022.

Oh ya, jangan lupa kongsikan artikel dibawah hanya dengan butang perkongsian dibawah ini bersama rakan anda di Facebook, WhatsApp group mahupun di Twitter. Ianya amat kami hargai. 

 Memang sedap!

Jom try jom! 

Jangan lupa bantu min share resipi ni di Facebook / WhatsApp tau, boleh la buat bayar sewa rumah ni ha.

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam potong 16@18(lumur garam kunyit goreng separuh masak)

1 genggam cili kering (gunting, rebus dan kisar)
2 labu bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2 inci halia (kisar)
2 inci lengkuas (kisar)

10 batang serai(dihiris dan dikisar halus)

2 helai daun pandan
Kicap manis
Garam
Gula
Minyak

CARA-CARA MEMASAK:


Ayam dibasuh bersih dan digoreng separuh masak.
Kisar serai terlebih dahulu kemudian asingkan bekas.
Selepas itu, baru kisar cili kering, bawang merah/putih, halia dan lengkuas.
Kemudian, ambil minyak gorengan ayam,bila minyak dah panas masukkan daun pandan dahulu kemudian serai yang dikisar halus.
Masak sampai agak garing..Bila serai dah garing baru masukkan bahan kisar yang lain tadi.
Masak sampai pecah minyak, sesambil tu letakkan garam gula, campakkan 1 keping asam keping, kicap manis sikit je.
Last sekali baru masukkan ayam yang dah digoreng tadi dan gaul rata.
Siap untuk dihidang.


Cdt: norasidawati bt mohamed sidek

Catat Ulasan

0 Ulasan